ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Berita Tempatan

Views
OTTIMO VIZ Gunung Jerai

Pengeluar motosikal jenama tempatan yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah, Ottimo Technologies Sdn. Bhd (Ottimo) dalam diam-diam sedang membangunkan sebuah model ‘supermoped‘ yang dijangka bakal menerjah pasaran pada tahun depan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Perkara tersebut didedahkan oleh saluran YouTube Geng Tayar Besar yang membuat lawatan ke studio reka bentuk Ottimo baru-baru ini. Menurut maklumat yang kami terima, supermoped itu bakal dijana oleh enjin 175 cc (yang dibeli dari pembekal enjin luar) dan berasaskan kerangka yang dibangunkan sendiri oleh Ottimo.

Apa yang menarik, dalam video yang disiarkan sejak 7 April lalu, rekaan awal dan juga model tanah liat model supermoped juga telah diperlihatkan sedikit oleh pasukan reka bentuk Ottimo kepada wakil Geng Tayar Besar semasa mereka melawat studio reka bentuk syarikat tersebut.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Walaupun hanya boleh melihat imbasan dari model tanah liat dan juga lakaran digital, kami yakin reka bentuk supermoped itu bakal menarik perhatian peminat kapcai. Ottimo sebelum ini telah mengeluarkan kapcai, VIZ110 yang dikuasakan oleh enjin empat-lejang, SOHC bersesaran 107cc yang digandingkan dengan transmisi 4-kelajuan.

VIZ110 turut menerima pengiktirafan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ditawarkan dengan jaminan selama 2 tahun atau 20,000km. Nantikan info mengenai supermoped dari Ottimo dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Ottimo VIZ110

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply