ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berang sebab Alza ditendang, pemandu Myvi kena belasah di tepi jalan

Tular

Views

Satu rakaman video berdurasi tiga minit 38 saat menunjukkan insiden pergaduhan melibatkan pengguna jalan raya tular di media sosial Facebook sejak malam tadi.

Menurut K! ONLINE, video tersebut pada awalnya memaparkan berlaku pertikaman lidah antara pemandu kereta jenis Perodua Myvi dengan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Apakah Kereta Diesel Mantap Bawah RM30K ? - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kejadian yang berlaku di Pasir Tumboh di Kota Bharu itu dipercayai tercetus apabila kedua-dua buah kereta itu nyaris terlibat dalam kemalangan.

Berang sewaktu berlaku pertengkaran antara mereka, pemandu Myvi itu telah menendang bahagian depan Alza sehingga menyebabkan pemandunya hilang sabar.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Insiden itu telah menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka malah salah seorang penumpang wanita MPV tersebut yang bertudung turut sama memukul pemandu Myvi.

Pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai dan pengguna jalan raya lain yang berada di kawasan tersebut. Kosmo! sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply