ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP berterusan jejas jualan, UMWT harap pemulihan segera dan kelonggaran untuk kembali beroperasi

Berita Tempatan

Views

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun 2021, banyak operasi sektor perniagaan perlu ditutup. Ia turut memberi kesan kepada sektor automotif, mengakibatkan jualan kenderaan baharu seluruh industri merudum bagi bulan Jun.

Mengulas situasi berkenaan, Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. berkata, semua bilik pameran Toyota dan Lexus di seluruh negara terpaksa ditutup dan pengeluaran kenderaan termasuk usaha rantaian bekalan serta logistik juga perlu dihentikan sementara.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Tambah beliau, pihaknya berharap agar larangan pergerakan dapat dilonggarkan untuk membolehkan mereka beroperasi dalam kapasiti terhad dan selamat. Meskipun bilik pameran kekal ditutup, pelanggan masih boleh mendapatkan perincian berkaitan model-model Toyota dan Lexus melalui laman sesawang masing-masing toyota.com.my dan lexus.com.my.

Dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan pelanggan mengenai pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah dilanjutkan sehingga penghujung tahun ini. Pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan secara dalam talian kerana membolehkan mereka merancang pengeluaran bagi mengurangkan tempoh menunggu sebaik sahaja larangan pergerakan ini ditamatkan.

Beberapa pusat servis UMW Toyota Motor terpilih juga masih terus beroperasi mengikut peraturan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bantuan 24/7 juga tersedia dan pemilik kenderaan boleh menghubungi talian 1-800-888-247 (Toyota) dan 1800-225- 3987 (Lexus).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang masih lagi berada dalam Fasa 1, dengan larangan ketat turut menjejaskan perniagaan eksport mereka. Sekiranya ini berlarutan, pihaknya khuatir pelanggan mereka di negara luar akan beralih kepada pembekal lain.

Sementara itu, pada awal bulan ini UMWT telah mengumumkan pelaburan tambahan untuk memperluaskan lagi usaha ke arah neutraliti karbon melalui pengeluaran kenderaan elektrik hibrid. Ujar Takeyama lagi, tahun ini menyaksikan penganjuran acara Festival Toyota Gazoo Racing (TGR Festival) memasuki tahun keempat berturut-turut.

Berikutan situasi semasa, acara ini tidak boleh dianjurkan secara terbuka dan ia terpaksa ditangguhkan. Pusingan pertama telah berlangsung di Litar Sepang pada 2 Mac lalu dan pihaknya tidak sabar untuk membawakan pula pusingan kedua serta pengenalan Gazoo Racing Vios Sprint Cup dan Gazoo Racing Enduro Cup. Beliau turut berdoa agar situasi ini pulih segera dan perlumbaan ini dapat bersambung semula.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply