Ini mungkin berkat menjaga ibu yang sedang sakit dan setelah melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan, seorang warnaget bernama M Riduan bersyukur kerana dipilih sebagai individu bertuah yang berjaya membawa pulang sebuah Proton X50 sempena Jualan Hebat 11.11 di Shopee.
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
Apa yang lebih mengujakan, dia hanya cuma membayar RM1 dan berjaya menjadi pembeli bertuah SUV tersebut. Hadiah tersebut telah ditebus pada 27 Februari lalu dan katanya, pihak Shopee pada mulanya mahu memberikan unit yang berwarna jingga (Citric Orange), namun disebabkan tempoh menunggu yang terlalu lama, mereka menukarkannya kepada warna merah (Passion Red).
M Riduan dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada Shopee dan katanya ini adalah bukti ‘ketelusan’ dalam proses urus niaga syarikat tersebut, sekali gus menunjukkan tiada istilah ‘pilih bulu’ dan tiada unsur penipuan (scam) pelanggan yang berurusan dengan mereka.
Tambahnya lagi, harga atas jalan model tersebut hampir mencecah RM97k namun, dia berjaya mendapatkannya dengan membayar RM1 sahaja. Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan gembira dengan kejayaan tersebut.
Tahniah kami ucapkan, selamat memandu kereta baharu!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit M Riduan
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
KOMEN TERKINI