BFGoodrich baru-baru ini telah menganjurkan sebuah acara pratonton serba interaktif lagi eksklusif bagi tayar terbaharunya BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 di Sirromet, Brisbane, Australia.
Acara yang telah berlangsung dari 7 hingga 17 Julai 2024 itu memberi peluang kepada lebih 200 wakil pengedar, warga media, dan personaliti industri dari 8 buah negara iaitu, Australia, Kemboja, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Thailand, dan Vietnam.
Mereka telah menjadi antara yang pertama di rantau ini untuk mengalami sendiri prestasi 3T (Toughness, Traction, dan Treadwear) tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada bulan September.
BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 diperkenalkan hampir sedekad selepas model tayar yang sebelumnya, hadir dengan aneka teknologi tayar yang baharu untuk mengatasi prestasi tayar terdahulu yang juga ikonik, ia boleh dilihat dalam 3 medan utama:
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
- Ketegaran (Toughness) dengan Teknologi CoreGard serta Rekaan Pesongan Canggih untuk ketegaran dinding sisi tayar yang lebih unggul.
- Cengkaman (Traction) dengan rekaan bahu bergerigi dan lembaran kalis lumpur demi cengkaman lumpur yang lebih baik.
- Kehausan Bunga (Treadwear) dengan ramuan bunga tayar yang baharu untuk daya tahan dan jangka hayat yang lebih unggul, termasuk di atas laluan berbatu, turut hadir dengan elemen-elemen bunga berkait yang teroptimum bagi menjamin kehausan sekata untuk jangka panjang, sesuai dengan cogan katanya, “Legendary Toughness. Made Tougher“.
Acara ini telah membariskan sebuah Zon Pameran, dan 3 Stesen Bengkel. Zon Pameran telah menyuluh kekayaan sejarah dan legasi jenama BFGoodrich yang telah menjangkau usia 150 tahun.
Ia mempamerkan produk-produk laluan lasak (offroad) keluaran BFGoodrich, termasuk BFGoodrich HD Terrain, BFGoodrich Mud-Terrain T/A KM3 dan BFGoodrich Trail-Terrain T/A.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Di samping itu, para peserta juga telah mengalami pemanduan di atas dan luar laluan berturap dengan BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 menerusi 3 Bengkel Memandu, iaitu:
- “Toughness Built to Overcome“- Bengkel yang membolehkan dua peserta dan seorang pengajar dalam setiap kereta pandu uji untuk berseronok di atas litar offroad, yang terdiri daripada bukit-bukit berkersik, alur air, laman batu, dan cerun yang licin
- “Traction & Treadwear” – Bengkel makmal prestasi yang mempamerkan daya tahan tayar tersebut berserta prestasinya dari segi pembrekan di atas permukaan berpasir, pacuan lumpur, kehausan bunga tayar
- “All-Terrain On-Road & Off-Road” – Bengkel untuk peserta bukan sahaja memandu di atas jalan awam bagi mengamati kualiti redaman bunyi dan pengendalian yang cemerlang, tapi juga di atas laluan yang sedikit berciri offroad untuk menyaksikan keupayaan tayar ini mengharungi permukaan yang berpasir dan kasar serta laluan berair.
Dalam ketiga-tiga bengkel ini, tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 yang dibangunkan dan dirumus khas untuk CUV, SUV, dan pikap itu telah dipasang pada Toyota Hilux, Mitsubishi Pajero Sport, Ford Everest, Ford Ranger Raptor, dan Mazda BT50.
Tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 akan berada di pasaran Malaysia bermula Oktober ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI