ARKIB

KATEGORI

Tular

Langgar lampu merah sambil bawa tong gas, penunggang motosikal dikecam warganet

Tular

Views

Tindakan seorang penunggang motosikal tidak mematuhi lampu isyarat mendapat kecaman orang ramai.

Bukan itu sahaja, penunggang motosikal terbabit juga dilihat menunggang sambil memegang sebiji tong gas menyebabkan dia terhuyung-hayang ketika melalui jalan tersebut.

Melalui rakaman tular tersebut, tindakan penunggang terbabit juga menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa membrek secara mengejut bagi mengelak dari terlanggar motosikal itu.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan individu terbabit yang dikatakan membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

“Membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain, tak kelakar, yang pelik-pelik saja Malaysia ni,” kata Michael.

“Kalau kena langgar, nanti keluarlah cerita sedih terpaling jadi mangsa pemandu lain tak bertimbang rasalah, itulah, inilah,” kata Dewa.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

“Tak boleh ke letak tong gas dekat bakul aduhai bahaya betul,” kata Boiish.

“Kalau ya pun beli gas guna moto, tak boleh ke dia ikut peraturan jalan raya. Tunggulah giliran, kau redah trafik yang tengah bergerak kan bahaya kat diri orang lain juga,” kata tuiter.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 80,000 tontonan di aplikasi X. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply