ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri MADANI kutip hasil RM2.6 juta

Berita Tempatan

Views

Harga keseluruhan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI ditutup dengan kutipan sebanyak RM2.6 juta, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, jumlah itu berdasarkan laporan awal yang diterima pihaknya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Hasil setakat ini RM2.6 juta, nanti saya akan keluarkan kenyataan,” katanya ringkas pada sesi taklimat media mengenai operasi Rapid KL pasca belanjawan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, BH melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran bidaan NPI Siri MADANI dengan harga minimum bermula RM100.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli, dilaporkan berkata tawaran itu dibuka melalui sistem JPJeBid pada Sabtu lalu dan ditutup jam 10 malam tadi.

Katanya, keputusan bidaan dikeluarkan hari ini dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan rasmi. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan MalaysiaKPDN Laman Rasmi dan Jabatan Imigresen Malaysia

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply