Selaras dengan pengumuman baharu Kerajaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) ingin memaklumkan kepada pelanggan yang bilik pameran Nissan akan kembali beroperasi mulai esok (20 Ogos 2021).
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Negeri & Wilayah Persekutan | Bilik Pameran Nissan | Status Operasi Perniagaan |
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Labuan | Semua bilik pameran (Cawangan dan Pengedar) | Dibuka |
Kecuali: * ETCM Taman Melati Utama, Kuala Lumpur * ETCM Nilai, Negeri Sembilan * ETCM Seremban, Negeri Sembilan * Seremban Victory Credit Sdn Bhd, Negeri Sembilan * Edaran Nuri (Kota Baru) Sdn Bhd, Kelantan * Edaran Nuri (Kemaman) Sdn Bhd, Terengganu | Dibuka mulai 23 Ogos | |
Kedah, Melaka, Johor | Semua bilik pameran (Cawangan dan Pengedar) | Masih ditutup |
ETCM mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan keselamatan para pekerja dan pelanggan setiap masa. Hanya pekerja yang menerima vaksinasi lengkap termasuk tempoh inkubasi pasca vaksin dibenarkan untuk kembali bertugas di bilik pameran Nissan.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Kesemua pekerja perlu memakai pelitup separuh muka, mengimbas suhu badan dan bilik pameran termasuk kenderaan pameran serta unit pandu uji akan sentiasa dinyahkuman dengan lebih kerap.
Pelanggan juga disarankan untuk mematuhi SOP ketika memasuki premis, memastikan vaksinasi penuh termasuk tempoh inkubasi pasca vaksin, menunjukkan bukti sijil digital di MySejahtera, suhu badan di bawah 37.5 ° C dan memakai pelitup separuh muka.
SOP lain yang ditetapkan oleh Kerajaan masih lagi kekal seperti biasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.nissan.com.my atau menghubungi talian hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI