ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

MotoGP : GP Malaysia sekali lagi dibatalkan

Sukan Permotoran

Views

Saingan perlumbaan MotoGP, Grand Prix Malaysia yang dijadual berlangsung pada Oktober di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah dibatalkan berikutan pandemik COVID-19 dan ia akan digantikan dengan Litar Misano, Itali menurut pihak penganjur.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Harian Metro melaporkan, kenyataan bersama daripada badan induk sukan itu, FIM dan promoter, Dorna memaklumkan, pandemik COVID-19 yang berterusan dan sekatan kemasukan ke Malaysia menyebabkan pembatalan kejohanan ini.

Ini adalah kali kedua saingan yang sepatutnya berlangsung 24 Oktober depan di Sepang dibatalkan berikutan pandemik COVID-19. Pusingan di Malaysia untuk kejohanan dunia itu turut berdepan nasib yang sama seperti di Thailand, Jepun dan Australia.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Misano bakal menggantikan Sepang dalam kalendar perlumbaan iaitu selepas Grand Prix San Marino pada 19 September. Kata penganjur, nama pusingan perlumbaan itu akan diumumkan apabila tiba masanya.

Setakat ini, pelumba Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha) mendahului saingan dengan 47 mata berbanding pesaing terdekat, Francesco Bagnaia (Ducati) menjelang Grand Prix British pada 29 Ogos.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply