ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia anjur acara bertemakan kelestarian dan mobiliti elektrik, NEXTGen Malaysia

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini acara bertemakan kelestarian dan mobiliti elektrik, NEXTGen Malaysia telah dilancarkan oleh BMW Group Malaysia. Acara yang berlangsung selama tiga hari itu telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, apabila BMW i diperkenalkan di Malaysia tujuh tahun yang lalu, pihaknya telah membayangkan bahawa masa depan mobiliti elektro akan kelihatan seperti hari ini.

NEXTGen Malaysia juga telah menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara BMW Group Malaysia dan rakan-rakan kongsinya, MGTC, TNB, dan Siemens Malaysia, untuk melanjutkan usaha pembangunan ekosistem dan infrastruktur bagi kenderaan elektrik di Malaysia.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor berkata, usaha sama yang dijalin dengan BMW Group Malaysia untuk memacu penerimagunaan dan pelaksanaan elektrifikasi di dalam negara adalah sejajar dengan strategi mereka bagi mobiliti karbon rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din pula berkata, aspirasi mereka adalah untuk menjadi peneraju dalam pembekalan solusi tenaga lestari di Malaysia dan di persada antarabangsa, bertunjangkan aspirasi ke atas Emisi Sifar Bersih menjelang 2050.

Bagi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Adam Yee, beliau berkata, pihaknya berasa teruja untuk berganding bahu dengan BMW Group Malaysia yang berkongsi visi yang sama.

NEXTGen Malaysia yang berlangsung sehingga hari ini (Sabtu), di NEXTGen Pavillion @ Mandarin Oriental KL akan menyaksikan ucaptama dan panel perbincangan yang menampilkan para peneraju dan pakar dalam bidang kelestarian merentasi pelbagai industri, termasuk pameran khas oleh Sunway XFarms, Circular Future, dan KUALESA.

Dengan Samsung sebagai rakan kongsi skrin yang rasmi, para hadirin juga berpeluang untuk meneroka produk-produk canggih yang ditawarkan oleh Samsung yang dipamerkan di sekitar perkarangan acara ini, terdiri daripada The Frame Lifestyle TV, paparan QLED 8K dan banyak lagi di NEXTGen Malaysia.

Selain itu, BMW Group Malaysia turut memperkenalkan tiga model kenderaan elektrik terbaharu mereka semasa acara tersebut, iaitu BMW iX3 M Sport, BMW i4 eDrive40 dan BMW iX xDrive40 selain pameran model MINI Electric.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply