ARKIB

KATEGORI

Buletin

MOSTI tumpu pembangunan dan pengkomersialan EV tempatan menerusi program Emerge

Berita Tempatan

Views

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberi tumpuan kepada pembangunan serta pengkomersialan ekosistem teknologi kenderaan elektrik (EV) tempatan bermula tahun ini.

Menurut K! ONLINE, Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, beliau menyeru syarikat pemula serta industri kecil dan sederhana yang berminat untuk membantu mengembangkan industri berkenaan.

Beliau berkata, pengkomersialan itu akan digerakkan menerusi program Enabling Mobility Electrification for Green Technology (Emerge) yang diterajui NanoMalaysia Bhd. (NanoMalaysia).

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Jelasnya, MOSTI telah mengenalpasti sistem penyimpanan tenaga boleh diperbaharui yang mesra alam sekitar serta mampu mengurangkan penggunaan bahan api.

Pihaknya akan terus komited menjalin kerjasama rentas kementerian menerusi perkongsian kepakaran agensi di bawah MOSTI iaitu NanoMalaysia.

Katanya, MOSTI sentiasa mencari penyelesaian berasaskan sains, teknologi dan inovasi dalam usaha mencapai sasaran negara neutral karbon menjelang tahun 2050.

Adham berkata, Emerge bakal memposisikan Malaysia sebagai pengeluar teknologi EV dan fokus MOSTI diberikan kepada kenderaan elektrik dua roda yang dibangunkan pengusaha EV tempatan.

Menurutnya, MOSTI bersama NanoMalaysia juga telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pemain industri EV bagi berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam usaha memperkasakan sektor teknologi tenaga lestari itu.

Terdahulu, Adham hari ini hadir pada Majlis Penyerahan Skuter Elektrik Eclimo ES-11 yang dibangunkan bersama MOSTI, NanoMalaysia dan Eclimo Sdn. Bhd. di Putrajaya.

Skuter elektrik itu dikuasakan bateri berstruktur nano dan menggunakan sistem pemantauan bateri berstruktur nano iaitu sel bateri lithium-ion yang memberi manfaat kepada alam sekitar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply