ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia hangatkan sambutan Hari Malaysia bersama barisan jentera BMW M dan kempen istimewa

Berita Tempatan

Views

Sempena Hari Malaysia, BMW Group Malaysia menghangatkan lagi sambutan ini bersama barisan jentera BMW M dan pelbagai kempen yang istimewa.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Hans de Visser berkata, meskipun tidak semeriah sambutan ///Malaysia Day Drive tahun lalu, kali ini pihaknya akan berkolaborasi dengan wakil-wakil pengedar untuk menghimpunkan para peminat mengikut garis panduan keselamatan yang ditetapkan.

Tambahnya, yang paling utama sekali, pihaknya berharap sambutan Hari Malaysia ke-58 dapat menyuntik semangat baharu tatkala negara sedang beransur pulih.

Para peminat BMW M bakal disajikan dengan aneka kempen istimewa di pusat-pusat pengedaran BMW M yang terpilih bagi model-model BMW M kegemaran masing-masing.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Kempen istimewa ini akan melibatkan model-model seperti BMW M8 Coupé, BMW M8 Gran Coupé, BMW M850i xDrive Coupé, BMW M3 Competition (dengan Innovation Package), BMW M5, dan BMW X4 M Competition yang didatangkan dengan tawaran istimewa seperti pengecualian cukai, kadar faedah sifar peratus dan tawaran tukar beli yang menarik.

Untuk menghangatkan lagi sambutan kali ini, para pelanggan dan peminat M dapat menikmati tawaran tersebut sepanjang minggu ini.

Auto Bavaria
Auto Bavaria akan mengadakan kempen dan tawaran pada Hari Malaysia bagi BMW M8 Gran Coupé, BMW M8 Coupé, dan BMW M850i xDrive Coupé di semua pusat pengedarnya.

Ingress Auto Damansara dan Puchong
Ingress Auto akan hadir dengan “M configurator” serba baharu sempena Hari Malaysia.

Quill Automobiles Petaling Jaya
Quill Automobiles akan meraikan minggu yang istimewa dengan menampilkan BMW M850i xDrive Coupé, yang merupakan tarikan utama pusat pengedarannya sempena Hari Malaysia.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Wheelcorp Premium Setia Alam
Wheelcorp Premium akan menumpukan sambutannya pada BMW M4 Competition dengan Innovation Package, serta kempen istimewa bagi jentera mercu, BMW M5.

Millennium Welt Seremban
Millennium Welt meraikan Hari Malaysia dengan BMW M3 Competition, hadir dengan Innovation Package. Nikmati tawaran yang istimewa bagi jentera Sedan Premium Bersaiz Sederhana pada hari itu.

Seong Hoe Premium Motors Melaka
Seong Hoe Premium Motors akan meraikan Hari Malaysia bersama BMW M3 Competition dengan Innovation Package, serta BMW M8 Gran Coupé. Para pelanggan dan peminat dapat menikmati kempen dan tawaran istimewa bagi barisan kenderaan M daripada pusat pengedaran yang terletak di Melaka ini.

Tian Siang Premium Auto Ipoh dan Butterworth
Tian Siang Premium Auto akan meraikan Hari Malaysia kali ini dengan BMW X4 M Competition.

Regas Premium Group
Pusat pengedaran BMW M yang utama di Sarawak dan Sabah bakal menyambut Hari Malaysia dengan BMW X4 M Competition.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply