ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boustead Naval Shipyard serah kapal LMS3 ketiga kepada TLDM

Berita Tempatan

Views

Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), syarikat sekutu Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) menyerahkan Kapal Misi Litoral (LMS3) ketiga kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sinar Harian melaporkan, BHIC berkata, LMS adalah kelas kapal perang TLDM baharu yang akan meningkatkan pertahanan maritim Malaysia sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi 15 hingga 5 Tentera Laut untuk menaik taraf armada kapalnya dan menyediakan armada yang cekap dan sesuai bagi semua tujuan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Majlis penyerahan fizikal LMS3, yang ketiga daripada empat unit LMS kelas Keris itu yang dibina bersama di China oleh BNS dan China Shipbuilding and Offshore Corp (CSOC), diadakan di Wuchang Shipyard di Qidong, Nantong di Wilayah Jiangsu, China.

Penyerahan itu adalah susulan penerimaan semua sijil akhir oleh TLDM dan penyiapan struktur badan kapal, ruang dalam kapal dan peralatan serta ujian dan percubaan sistem tempur, sebagai mematuhi spesifikasi kontrak.

Kontrak pemerolehan untuk membina bersama LMS itu dimeterai pada 23 Mac, 2017 antara BNM dan kerajaan Malaysia dengan CSOC bertindak sebagai rakan limbungan BNS.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Program LMS dilaksanakan menerusi kerjasama tiga pihak antara TLDM, BNS dan tiga pihak China iaitu CSOC, Wuchang Shipbuilding Industry Group dan China Classification Society (CSC).

Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Sharifuddin Md Zaini Al-Manaf berkata, syarikat itu berbangga dengan sumbangannya kepada pertahanan maritim negara dan berharap memperoleh kontrak kumpulan LMS yang seterusnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, kejayaan penyerahan fizikal LMS3 itu memberi prospek baik kepada usaha BHIC untuk menjadi organisasi mencatatkan prestasi tinggi sejajar dengan strategi Reinventing Boustead untuk mencatatkan pertumbuhan mampan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply