ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia jemput anda ke Siri Jelajah BMW iPerformance

Views

BMW Group Malaysia menjemput anda untuk merasai sendiri BMW EfficientDynamics dan mobiliti masa depan (Mobility of the Future) di ruang Concourse pusat membeli-belah Bangsar Village II pada hujung minggu ini, bermula Jumaat hingga Ahad (16-18 Jun 2017) mulai jam 10 pagi hingga 10 malam. Acara itu juga bakal mempamerkan beberapa buah kenderaan termaju BMW iPerformance merangkumi BMW 330e, BMW X5 xDrive40e, BMW 740Le dan BMW i8 yang futuristik.

Siri jelajah tersebut akan turut mengetengahkan teknologi BMW eDrive yang inovatif – salah satu elemen paling canggih dalam rangkaian teknologi BMW EfficientDynamics. BMW eDrive ialah teknologi sistem pacuan baharu yang digunakan dalam semua kenderaan elektrik BMW i dan model-model plug-in hybrid daripada BMW.

Di samping itu, Ingress Auto Damansara, Sungai Penchala dan Ingress Auto Puchong, Bandar Puteri akan turut mengadakan majlis buka puasa istimewa pada Sabtu, 17 Jun 2017 mulai jam 8 malam hingga tengah malam. Selain menjamu selera, Ingress Auto turut menawarkan promosi khas seperti program pembiayaan serendah 1.88 peratus dan baucar-baucar percuma sehingga RM10,000 untuk pembelian beberapa model terpilih. Tawaran sah sehingga 30 Jun 2017.

Bagi pemilik kenderaan BMW, perkhidmatan pemeriksaan 20 poin secara percuma disediakan pada sebelah petang sebagai persediaan sebelum balik kampung danpelanggan perlu menempah slot temu janji terlebih dahulu. Diskaun sebanyak 20 peratus ke atas kos buruh untuk pembaikan badan dan cat, serta penukaran minyak enjin akan turut diberikan. Servis penjajaran dan seimbangan tayar pula akan dilakukan secara percuma dengan pembelian empat unit tayar baharu.  Tawaran daripada Ingress Auto ini sah sehingga 31 Julai 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply