BMW Group Malaysia telah menerima 64 pratempahan bagi BMW iX, bertepatan dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64. Pratempahan model ini telah dibuka di platform BMW Shop Online dengan bayaran RM 5,000, sejak lima hari yang lalu.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkata, pihaknya berbesar hati untuk melihat warga Malaysia menunjukkan keyakinan mereka untuk memilih mobiliti lestari sebagai gaya hidup mereka. Dengan jarak operasi WLTP 630 kilometer, pemilik tidak lagi perlu bimbang tentang jarak operasi kenderaan elektrik mereka.
Kenderaan elektrik ini memiliki reka bentuk ruang dalaman minimalis dan buat pertama kalinya menampilkan konsep Shy Tech. Ia turut hadir dengan BMW IconicSounds Electric, hasil kerjasama dengan komposer terkemuka dunia dan pemenang Anugerah Akademi, Hans Zimmer.
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
BMW iX xDrive40 serta BMW iX xDrive40 Sport kini boleh dipratempah menerusi di platform BMW Shop Online dengan bayaran RM 5,000. Selain itu, para pemilik juga dapat memanfaatkan waranti bateri sehingga lapan tahun atau 160,000 km.
100 pelanggan terawal yang membuat tempahan bakal menikmati tawaran eksklusif yang meliputi pemasangan alat pengecasan secara percuma serta akses pengecasan awam selama 1 tahun secara percuma. Tawaran ini terhad sehingga 22 September 2021, tertakluk kepada terma dan syarat.
Menerusi program pembiayaan dinamik, Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, kedua-dua model ini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,888.00 dan RM 5,478.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).
Berikut adalah harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport:
Model | Harga Runcit Saranan | Harga Runcit Saranan dengan Waranti Lanjutan & Pakej Servis |
BMW iX xDrive40 | RM 419,630.00 | RM 435,800.00*** |
BMW iX xDrive40 dengan Power Package | RM 424,230.00 | RM 440,400.00*** |
BMW iX xDrive40 Sport | RM 472,630.00 | RM 488,800.00*** |
BMW iX xDrive40 Sport dengan Power Package | RM 477,230.00 | RM 493,400.00*** |
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
KOMEN TERKINI