ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton anjur peraduan ‘Dear Malaysia’ sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Proton kini sedang menganjurkan peraduan ‘Dear Malaysia’ untuk memberi ganjaran kepada para pelanggannya menerusi hadiah bulanan.

Para pelanggan Proton boleh menyertai peraduan ini dengan membuat tempahan model kegemaran mereka, antaranya Saga, Persona, Iriz, Exora di laman sesawang rasminya dan mendaftarkan sebelum 31 Oktober untuk memenangi Tambah Nilai E-Dompet Touch ‘n’ Go bernilai RM75,000.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Berikut adalah cara-cara untuk menyertai peraduan ini:

  • Layari laman Facebook Proton atau laman sesawang untuk maklumat lanjut.
  • Anda akan dibawa ke pautan laman rasmi berbahasa Inggeris. Pilih model kereta dan isi maklumat peribadi anda.
  • Tandakan ‘Yes, let’s do it’ untuk menyertai peraduan. Jawab dua soalan dan lengkapkan slogan dalam borang tempahan.
  • Soalan 1:
    Apakah tagline jenama Proton?
    Soalan 2:Proton telah berada di pasaran luar negara. Benar / Salah
  • Lengkapkan slogan, Proton and Malaysia are close to my heart because….
  • Setelah melengkapkan penyertaan, klik Hantar.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Hadiah Bulanan

Semua penyertaan yang layak akan berperluang untuk memenangi hadiah bulanan bagi bulan Ogos, September dan Oktober. Para pemenang akan menerima Tambah Nilai E-Dompet Touch ‘n’ Go sebagai hadiah peraduan dengan nilai hadiah kemenangan berpadanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply