ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Impresi Artis

Views
Proton SAGA Knight Concept

Seperti yang dijanjikan, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64 hari ini, rekaan penuh Saga Knight Concept hasil kolaborasi antara dua mantan pereka di Proton|Design suatu ketika dahulu, iaitu Saharudin Busri atau Wak dan pengasas Artwist.Co, Ahmad Bostami bin Ahmad dipertontonkan secara rasmi.

Model konsep dalam bentuk tiga dimensi (3D) ini dihasilkan khusus untuk sesi webinar reka bentuk anjuran Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA) yang berlangsung pagi tadi.

Reka bentuk luaran Saga Knight Concept ini menampilkan penggayaan ala ‘retro-moden’ dan banyak dipengaruhi oleh elemen rekaan model asal pada tahun 1989. Paling ketara ialah profil badan yang agak bersegi, terutama pada garis bumbung, profil badan dan sisi, termasuk lengkung roda.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Ia masih mengekalkan rekaan hud model klasiknya dengan penggayaan semula telah dibuat pada reka bentuk lampu utama yang kini menggunakan jenis LED berbentuk garis putus berkembar bersama lampu siang (LED) seperti jejalur cahaya melintang yang bersambung antara satu sama lain.

Paling mencuri tumpuan adalah rekaan jeriji klasik yang menampilkan ‘logo sulung’ Proton. Selain itu pelekat grafik gaya perlumbaan yang ada pada bahagian sisi model asal juga masih kekal dan diberi nafas baharu. Reka bentuk rim aloinya pula nampak nampak seperti rim model asal, yang disuntik dengan elemen Bunga Raya di tengahnya.

Sekilas pandang, model konsep Saga Knight Concept ini nampak seperti sebuah hatchback / liftback lima-pintu dari pandangan sisi. Kesinambungan jejalur cahaya di jeriji hadapan turut dibawa ke bahgian lampu belakang yang menampilkan jejalur lampu LED melintang yang bersambung antara satu sama lain.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Bentuk bamparnya juga agak sporty dan moden dengan gaya yang ringkas. Rekaan kabin Saga Knight Concept ini diinspirasikan dari jam tangan edisi khas kumpulan Wings keluaran Artwist.Co, menggunakan tema warna merah dan hitam.

Rekaannya juga masih berkonsepkan moden-retro dengan gaya futuristik dan minimalis, terutama penggunaan panel digital dengan skrin lebar yang merentangi bahagian atas papan pemuka. Beberapa komponen di ruangan kabin mengimbau kembali nostalgia Saga Knight 1989, antaranya rekaan stereng dua jejari, panel tengah papan pemuka, panel pintu dan juga tempat duduk bahagian hadapan.

Ruang kabin Saga Knight Concept ini kelihatan lebih canggih dengan kehadiran unit kawalan pendingin hawa jenis digital dengan paparan berwarna penuh dan tombol gear jenis putar, serta butang-butang kawalan pada konsol tengah lantai.

Secara keseluruhan, kami amat tertarik dengan gaya rekaan Saga Knight Concept ini dan berharap konsep sebegini dapat diterapkan dalam penggayaan model generasi baharu Saga nanti. Apa pendapat anda pula?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply