ARKIB

KATEGORI

Tular

BMW M3 Competition sertai skuad Polis High Performance

Tular

Views

Tular di laman Facebook pagi ini beberapa foto sedan berprestasi tinggi BMW M3 Competition yang bakal menjadi ahli keluarga baharu Polis Diraja Malaysia.

Unit kereta peronda Polis High Performance ini turut diperkuatkan dengan beberapa buah SUV, yang terdiri daripada model BMW X3 dan Volkswagen Tiguan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurut maklumat yang kami perolehi, ura-ura mengatakan kereta peronda Polis High Performance ini bakal menjadi kenderaan pengiring untuk orang-orang kenamaan (VVIP).

Ia bakal menjadi kenderaan baharu oleh unit yang sebelum ini ditugaskan untuk ‘menjaga’ Mitsubishi Lancer Evolution X dari Skuad Helang PDRM dan juga model Civic Type R.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pada tahun 2019, Honda Malaysia pernah menghadiahkan Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebuah Civic Type R sebagai kenderaan pengiring dalam sempena meraikan Hari Keputeraannya .

BMW M3 Competition dikuasakan oleh enjin petrol 3.0 liter BMW M TwinPower Turbo enam silinder sebaris yang mampu menjana 510 kuasa kuda dan 650 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan M Steptronic dengan Drivelogic.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nornikman Mesri

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply