Kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri dalam tempoh beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut Berita Harian, sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang mahu melakukan pergerakan rentas negeri nanti supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) asas.
JOM BACA >> INTIP: Perodua uji Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid di Malaysia, adakah Ativa hibrid sedang dibangunkan?
Beliau turut menyarankan mereka menjalani ujian saringan COVID-19 secara kendiri menggunakan air liur dengan kerap, bagi menjaga keselamatan individu tersayang, khususnya jika mahu pulang ke kampung halaman.
Jelasnya, dalam tempoh beberapa hari lagi, sekatan rentas negeri akan berakhir. Adalah penting untuk melaksanakan semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal, termasuk bagi yang sudah divaksin.
Tambah beliau, bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Media semalam melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti, dinasihatkan menjalani ujian kendiri COVID-19 apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan kelak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.
Portal COVIDNOW menunjukkan kadar populasi dewasa yang lengkap divaksin sudah mencecah 88.8 peratus, setakat tengah malam tadi.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI