ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Malaysia lancar BMW X3 dan BMW X4 2022 versi CKD – Harga bermula dari RM315,800

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia semalam telah melancarkan BMW X3 dalam tiga varian baharu, iaitu MW X3 sDrive20i M Sport, BMW X3 xDrive30i M Sport dan BMW X3 xDrive30e M Sport bersama dengan varian terbaharu BMW X4 xDrive30i M Sport, yang buat julung kalinya diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Hans de Visser, portfolio BMW X telah merekodkan lebih 3,200 penyerahan di Malaysia tahun lalu, menyumbang kepada lebih 38 peratus daripada bilangan penyerahan yang dibuat oleh jenama BMW.

BMW X3 dan BMW X4 hadir dengan gaya sporty yang menampilkan gril ‘kidney’ lebih besar dengan sambungan perangkai di tengah, rekaan apron hadapan baharu dengan salur masuk udara menegak, bampar baharu, lampu hadapan yang dilangsingkan sebanyak 10 mm, didatangkan dengan teknologi LED penuh sebagai standard.

BMW X3 baharu kini dipasang dengan rim aloi yang diubah suai dengan saiz sehingga 20 inci, termasuk lampu belakang LED penuh dengan kontur tiga dimensi di sekelilingnya, di samping paip ekzos yang lebih besar.

BMW X4 pula masih mengekalkan garis bumbung gaya coupe dan dilengkapi dengan komponen pemantul berkedudukan menegak serta bampar belakang dengan sisipan baharu.

Pakej M Sport turut disediakan sebagai standard dalam varian-varian BMW X3 dan BMW X4 baharu. Ia dapat dilihat pada komponen salur masuk udara dan apron hadapan pada kedua-dua model, berserta dengan tawaran warna, rim dan kemasan dalaman yang baharu.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

BMW X3 baharu ditawarkan dalam dua pilihan enjin petrol iaitu sDrive20i dan xDrive30i, selain varian elektrik, xDrive30e.

Enjin petrol TwinPower Turbo empat silinder ini mampu menjana output maksimum 184 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas bagi sDrive20i, manakala untuk xDrive30i ia menjana 252 kuasa kuda dengan 350 Nm daya kilas.

BMW X3 sDrive20i menerima transmisi automatik Steptronic 8-kelajuan dengan Fungsi Pengekalan Automatik, manakala BMW X3 xDrive30i dilengkapi dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan.

Ruang dalaman BMW X3 dan BMW X4 menampilkan unit paparan kawalan sesentuh bersaiz 10.25 inci, kemasan bersadur zink pada corong pendingin hawa, serta elemen kawalan baharu di bawah skrin paparan di konsol tengah.

Ia juga dilengkapi dengan tempat duduk sport dengan kemasan upholsteri kulit untuk sentuhan premium. Kesemua varian BMW X3 dan BMW X4 yang baharu dilengkapi dengan Sistem Operasi BMW 7, Pembantu Peribadi Pintar BMW dan pelbagai pakej BMW Connected sebagai pilihan tambahan.

BMW X3 dan BMW X4 turut dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu yang menyediakan fungsi Amaran Penukaran Laluan, Amaran Berlepas Lorong dan Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek sebagai standard.

Varian-varian baharu ini juga dilengkapi dengan Bantuan Parkir, termasuk Bantuan Mengundur. Eksklusif bagi BMW X3 xDrive30e ialah Parking Assistant Plus dengan Bantuan Parkir. Kawalan Jarak Parkir Aktif juga disediakan untuk jentera PHEV ini, berserta dengan bantuan parkir lateral.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Kesemua varian BMW X3 akan didatangkan dengan pilihan kombinasi warna luaran dan dalaman, warna luaran Alpine White, Brooklyn Grey, Phytonic Blue atau Carbon Black akan dipadankan dengan Leather Vernasca Black dengan sulaman biru di dalam.

Para pemilik juga boleh memilih ruang dalaman dengan kemasan Leather Vernasca Mokka dengan warna luaran Alpine White dan Carbon Black.

BMW X4 pula ditawarkan dengan pilihan warna luaran Alpine White, Piemont Red, Phytonic Blue dan Carbon Black yang dipadankan dengan kemasan Leather Vernasca Black dengan sulaman berkontras.

Sebagai alternatif, pemilik juga boleh memilih kemasan Leather Vernasca Tacora Red dengan pilihan warna luaran Alpine White dan Carbon Black.

BMW Group Malaysia menawarkan Pengalaman Pemilikan Premium untuk BMW X3 dan BMW X4 yang merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Bantuan Pinggir Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’-BMW Privileges Card
  • Servis Dalam Talian BMW

Harga jualan bagi BMW X3 dan BMW X4 termasuk pakej BMW Service and Repair Inclusive, cukai jualan dan perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

  • BMW X3sDrive20i M Sport – RM315,800.00
  • BMW X3xDrive30i M Sport – RM358,800.00
  • BMW X3xDrive30e M Sport – RM356,800.00
  • BMW X4xDrive30i M Sport – RM398,800.00

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply