ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Premium Selection kembali dengan lebih meriah, lebih 500 kenderaan premium pra-milik menanti!

Berita Tempatan

Views

Pameran BMW Premium Selection (BPS) anjuran BMW Group Malaysia bakal kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 1 hingga 3 Mac nanti!

Acara ini menawarkan pelbagai pilihan sehingga 500 kenderaan premium pra-milik termasuk kenderaan baharu daripada BMW Group, antaranya BMW 2 Series, BMW 3 Series, BMW 5 Series, BMW 7 Series dan rangkaian BMW X.

Selain itu, barisan kenderaan premium pra-milik MINI dan BMW Motorrad juga akan dipamerkan semasa acara tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambihaipahan, pihaknya amat teruja untuk membawakan kembali pameran BMW Premium Selection, dan kali ini dengan seleksi yang lebih inovatif dalam repertoir kenderaan premium yang dipamerkan.

Pelanggan di pameran ini berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik, antaranya RM5,000 rebat segera dan peluang memenangi barangan eksklusif melalui cabutan bertuah apabila menempah kenderaan di pameran tersebut.

Dengan hingga 500 pilihan kenderaan pra-milik BMW dan MINI yang diperakui, pelanggan juga akan menikmati hingga 10 peratus untuk peningkatan ciri Connected Drive serta pra-kelulusan pembiayaan segera melalui BMW Engage oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemilik kenderaan daripada rangkaian BMW Premium Selection akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang serba lengkap merangkumi:

  • Waranti Pilihan hingga tujuh tahun (dijamin oleh Allianz Malaysia)
  • Pemeriksaan teknikal dan optik yang menyeluruh oleh juruteknik BMW yang bertauliah
  • Rekod Servis dan Rekod Kenderaan yang disahkan (termasuk pemeriksaan rekod kerosakan akibat kemalangan)
  • Tawaran tukar beli yang kompetitif

Pameran BMW Premium Selection 2024 akan diadakan di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam, pada 1 hingga 3 Mac. Layari laman sesawang INI untuk maklumut lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply