ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton duduki tangga kelima carta jualan di Brunei pada 2023 – X50 paling laris, S70 bakal dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Tahun 2023 menyaksikan pengeluar kereta nasional, Proton berjaya mencapai jualan domestik melebihi 150,000 unit yang juga merupakan prestasi terbaiknya sejak tahun 2012.

Oleh yang demikian, syarikat turut menetapkan semula jangkaan di beberapa pasaran eksport. Salah satu pasaran terawalnya, Brunei Darussalam, menunjukkan pertumbuhan luar biasa bagi tahun lalu dengan mencatat rekod jualan baharu.

Pada 2022 Proton telah menjual sebanyak 422 unit dan tahun 2023 menyaksikan peningkatan sebanyak 87 peratus apabila 789 unit kenderaan Proton telah dijual di Brunei.

Prestasi luar biasa itu melonjakkan jenama Proton ke tangga kelima keseluruhan dalam carta jualan dan memperoleh pegangan pasaran sebanyak 5.4 peratus, naik satu anak tangga dan meningkat 2.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jumlah Jualan Industri (TIV) bagi negara tersebut ditutup pada 14,640 unit untuk tahun 2023, meningkat daripada 13,000 unit bagi tahun 2022.

X50 muncul sebagai model siri X terlaris sejak diperkenalkan pada Oktober 2020 dengan lebih 100,000 unit telah dikeluarkan dari barisan pemasangan di Tanjong Malim.

Jadi, tidaklah mengejutkan sekiranya SUV segmen B ini mendahului jualan untuk semua model Proton di Brunei.

Sebanyak 476 unit X50 telah berjaya dijual pada tahun 2023, merangkumi kira-kira 60 peratus daripada jumlah jualan Proton dan memacu model itu ke tempat ketiga keseluruhan dalam segmen pasarannya.

Menurut Pengarah Bahagian Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu, Proton dan pengimportnya, PAD Motors telah bekerjasama rapat untuk mempromosikan harga kompetitif dan ciri-ciri unggul model itu, di samping menawarkan pakej kewangan untuk memudahkan pembelian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hasil daripada usaha promosi dan penjenamaan, model Proton lain turut disenaraikan dalam tempat 10 teratas segmen masing-masing pada tahun 2023.

Persona dan Iriz berada di kedudukan keenam dan kelapan untuk kereta segmen B manakala X90 menduduki tempat ketujuh untuk SUV segmen D walaupun hanya memasuki pasaran kurang daripada enam bulan.

Dengan menggunakan kejayaan pada tahun 2023 sebagai landasan, kedua-dua Proton dan PAD Motors yakin untuk mencapai lebih daripada 1,000 unit untuk Brunei pada tahun 2024.

Kunci untuk mencapai matlamat itu ialah pelancaran S70 serba baharu, yang dijangka sebelum hujung Februari. Brunei merupakan pasaran antarabangsa pertama yang menerima model tersebut dan 15 unit telah dihantar ke sana bulan lepas menjelang pelancaran rasminya.

Tambah Steven Xu, dengan minat yang berterusan terhadap X50 dan model-model lain serta pengenalan S70, pihaknya menyasarkan untuk mengatasi sasaran jualan 1,000 unit pada akhir tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply