ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buat ujian saringan COVID-19 lebih kerap apabila dibenarkan rentas negeri – KJ

Berita Tempatan

Views

Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar orang ramai melakukan ujian saringan COVID-19 dengan lebih kerap apabila rentas negeri dibenarkan kelak.

Astro AWANI melaporkan, Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu penting terutamanya mereka yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi.

Nasihat itu diberikan ketika kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa negara hanya tinggal 1.6 peratus sebelum mencapai 90 peratus yang membolehkan larangan rentas negeri dimansuhkan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Pada Rabu, jumlah vaksinasi lengkap populasi dewasa mencecah 88.4 peratus atau 20,819,254 manakala 73.8 peratus atau 24,085,144 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kata beliau, 1.6 peratus sebelum sempadan negeri dibuka, ketika KKM melakukan ujian saringan untuk kes simptomatik, pihaknya menasihatkan orang yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.

Tambah Khairy, sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa, lakukan ujian air liur RTK Antigen. Jaga keselamatan mereka.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, ketika negara beralih ke fasa endemik COVID-19, tanggungjawab bergantung kebanyakannya kepada orang ramai.

Ujarnya, ketika kita beralih ke fasa endemik, pihaknya tidak boleh mengatur sekatan jalan raya untuk melihat sama ada anda telah divaksinasi atau melakukan ujian saringan.

Tambahnya lagi, kini ia banyak bergantung kepada tanggunjawab dan tingkah laku peribadi. Beliau percaya kita dapat menghadapi cabaran dalam pembukaan dengan selamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lifestyle Asia

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply