ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bukan bateri 48v tapi kabel bumi jadi punca kebakaran, semua pemilik Proton X90 akan dihubungi oleh pusat servis

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Proton Cars menerusi satu kenyataan ringkas sebentar tadi memaklumkan punca sebenar kejadian sebuah Proton X90 terbakar pada bahagian belakang tempat duduk penumpang baris ketiga pada bulan lalu.

Hasil daripada siasatan menyeluruh yang telah dijalankan oleh pasukan pakar produk dari Proton dan Geely, satu isu telah dikenal pasti berhubung dengan sambungan bumi (grounding) pada badan kenderaan yang terbakar itu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia telah mengakibatkan kepanasan yang melampau di kawasan sambungan, apabila arus elektrik dalam jumlah yang besar secara berterusan melaluinya dan boleh mencetuskan kebakaran kerana ia berdekatan dengan bahan penebat bunyi.

Sebagai langkah keselamatan, semua pemilik X90 akan dihubungi secara individu oleh pengedar Proton 3S/4S untuk pemeriksaan kenderaan dan jika perlu, tindakan pembaikan akan dilakukan oleh pusat servis terbabit bagi mengelakkan sebarang risiko kebakaran.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pemilik juga boleh menghubungi pusat servis 3S/4S berhampiran untuk membuat janji temu, atau menghubungi talian bantuan Proton di 1-800-88-8398 untuk maklumat lanjut.

Selain itu, Proton dan vendornya turut mengambil langkah pencegahan dengan meningkatkan proses kawalan pembekal dan pemeriksaan di barisan pengeluaran Proton X90.

Proton juga ingin mengesahkan bateri hibrid ringan (48v) yang digunakan oleh Proton X90 bukanlah punca kejadian dan ingin meyakinkan orang ramai bahawa, kualiti produk dan keselamatan pelanggan senantiasa keutamaan syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply