ARKIB

KATEGORI

Buletin

X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Berita Tempatan

Views

Proton Holdings Bhd (Proton) bakal melancarkan model crossover MPV sulungnya, X90 (VX11) tidak lama lagi. Ia disahkan sendiri oleh pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar ketika berucap pada majlis pelancaran rangkaian ‘stamping‘ D-Line baharu dan upacara ‘line-off di Tanjung Malim, hari ini.

Jelas Syed Faisal, model ini sepatutnya diperkenalkan tahun lalu, namun ia tertangguh akibat pandemik Covid-19 dan isu rantaian bekalan yang dihadapi sektor automotif.

Tambah beliau, pelancaran model ini menunjukkan komitmen syarikat itu terhadap peralihan kenderaan elektrik (EV) secara beransur-ansur, dan ia bakal ditawarkan dengan pilihan varian ‘mild’ hibrid.

Model ini dijangka bakal dilancarkan secara rasmi dalam beberapa bulan akan datang. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, ia bakal model pertama yang menawarkan teknologi hibrid sekali gus menandakan kemunculannya dalam segmen Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Katanya, ia adalah satu lagi langkah yang diambil oleh Proton dalam komitmennya untuk memperkenalkan lebih banyak model NEV kepada rangkaiannya sebagai permulaan terhadap EV yang pertama dikeluarkan secara tempatan.

Sebelum ini, Proton telah menandatangani perjanjian untuk mengedarkan EV smart di Malaysia dan Thailand, serta menghantar 16 jurutera ke China untuk menjalani latihan enam bulan bagi memberi tumpuan kepada semua aspek yang membabitkan kenderaan berkenaan.

Tambah beliau, upacara line-off hari ini secara simboliknya menandakan permulaan aktiviti yang membawa kepada pengenalan rasmi model terbaharunya. Selepas permulaan pengeluaran, Proton akan mengadakan pratonton media dan sesi suai kenal pelanggan sebelum melancarkannya.

Dalam pada itu, pengeluar kereta nasional tersebut turut melancarkan penambahan terbaharu kepada kilangnya di Tanjung Malim, di mana mesin baharu itu mampu menghasilkan 50 komponen unik menggunakan kuasa sehingga 2,500 tan.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Rangkaian stamping baharu bernilai RM140 juta adalah yang terbesar di Malaysia dan berpotensi mengurangkan pengimportan komponen tahunan syarikat sebanyak 115,000 unit.

Kerja-kerja pembinaan rangkaian stamping baharu itu bermula sejak awal bulan April 2021 dengan pemasangan jentera bermula pada bulan Julai 2022 dan siap sepenuhnya menjelang Disember.

Terdapat lima mesin stamping dengan satu mesin yang mampu menggunakan daya 2,500 tan dan dua mesin setiap satu dengan daya tekanan masing-masing 1,200 tan dan 1,000 tan.

Ia juga menggunakan enam robot untuk memindahkan bahagian antara stesen kerja dan menggunakan teknologi IR 4.0 data masa nyata dan proses pembelajaran mesin untuk meningkatkan kualiti bahagian yang dihasilkan.

Mengulas mengenainya, rangkaian stamping baharu membawa faedah tambahan untuk mengurangkan kebergantungan syarikat pada komponen yang diimport, melindunginya daripada sebarang kemungkinan gangguan kepada perdagangan global, dan menambah baik bekalan alat ganti tempatan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply