ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Foto Intip

Views

Nampaknya ‘seteru terkuat’ kepada Perodua Ativa sudah mula diuji! Kelibat unit ujian Honda WR-V generasi baharu dilihat mula ‘beraksi’ di jalan raya Malaysia.

Ia telah berjaya dikesan oleh pengikut akaun Facebook The Ajerul bernama Mamat Kamri yang telah berkongsi foto dan videonya di ruangan komen.

Jika dilihat  kepada nombor plat perdagangannya iaitu M 248 A, ia sebenarnya pernah digunakan oleh unit ujian Honda HR-V 2022, sebelum ini.

Ia hanya berbeza satu turutan nombor sahaja dengan plat perdagangan yang pernah digunakan oleh unit ujian Honda CR-V generasi baharu iaitu M 247 A, yang ditemui baru-baru ini.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Dari gaya reka corak celoreng penyamarannya, ia tidak syak lagi milik Honda Malaysia. Unit ujian ini juga dilihat lebih kecil dari segi saiz dan rekaan rimnya mirip dengan WR-V generasi baharu.

Dimensi WR-V generasi baharu berukuran 4,060 mm panjang, 1,780 mm lebar, 1,608 mm tinggi dan jarak antara rodanya 2,485 mm. Manakala ketinggian jejak tanahnya pula berukuran 220 mm.

Model ini telah pun dijual di pasaran Indonesia dan ia ditawarkan dalam tiga pilihan varian, iaitu:

  • Varian E CVT – Rp. 271.900.000 (RM82,416)
  • Varian RS CVT – Rp. 289.900.000 (RM87,865)
  • Varian RS CVT with Honda SENSING – Rp. 309.900.000 (RM93,934)

Pilihan warna yang ditawarkan pula terdiri daripada Taffeta White (Varian E sahaja), Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl (Varian E dan RS), Stellar Diamond Pearl dan Ignite Red Metallic (Varian RS sahaja). Pilihan warna dwitona turut ditawarkan pada Varian RS dengan pilihan warna Ignite Red Metallic sahaja.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Honda WR-V generasi baharu dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC aspirasi alami (NA), yang menghasilkan output 121 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm daya kilas pada 4,300 rpm. Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi CVT.

Aspek keselamatan standard terdiri daripada empat beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), sistem kemasukan tanpa kunci dan kamera undur.

Varian RS pula mendapat enam beg udara, Honda LaneWatch, lampu utama automatik dan Honda SENSING terdiri daripada:

  • Sistem Brek Cegah Pelanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Notifikasi Pergerakan Kenderaan Di hadapan (LCDN)
  • Cegah Terbabas (RDM)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Model ini telah pun menerima penarafan 5-Bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan jumlah skor keseluruhan 77.07 mata.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mamat Kamri via The Ajerul

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply