Nampaknya kami terpaksa akur yang maklumat diperolehi mengenai BMW M3 Competition memakai seragam Polis High Performance yang ‘tular’ pagi tadi, tidak tepat.
Kelibat jentera sedan berprestasi tinggi itu bersama empat buah SUV, masing-masing dua unit BMW X3 dan Volkswagen Tiguan, bukanlah kereta polis yang sebenar.
Menurut rakan kami di WapCar.my, salah seorang kru produksi telah mengesahkan yang kereta itu hanya digunakan untuk penggambaran filem dan bukanlah untuk kegunaan pihak polis.
JOM BACA >> INTIP: Perodua uji Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid di Malaysia, adakah Ativa hibrid sedang dibangunkan?
Kereta polis ‘olok-olok’ itu berkemungkinan akan muncul dalam filem Polis Evo 3 atau ‘The Catcher‘. Laporan dari portal New Straits Times showbiz berkata, The Catcher bakal menjadi filem termahal di Malaysia dengan bajet melebihi RM 50 juta.
Filem ini nanti akan berkisar mengenai budaya modifikasi kereta di Malaysia dan mengisahkan tentang seorang budak lelaki dari sebuah pekan kecil yang bercita-cita untuk menjadi “Raja Drift“.
Pengasas Robotz Car Club, Datuk Seri Jeffrey Teoh dalam satu sidang media baru-baru ini telah mengumumkan yang filem itu bakal menampilkan sekurang-kurangnya 500 buah supercar yang bernaung dengan kelab tersebut.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Nampak gayanya, filem The Catcher ini seolah-olah seperti Fast and Furious versi Malaysia. Difahamkan filem ini masih lagi dalam fasa pra-produksi dan penggambarannya hanya akan bermula pada bulan Mei tahun depan.
Berkemungkinan video yang tersebar di laman sosial adalah aksi pemandu lagak ngeri yang sedang menerima latihan untuk menjayakan babak pemanduan dalam filem tersebut.
Adakah kereta-kereta tersebut bakal dilelong atau dihibahkan kepada pihak polis selepas selesai penggambaran filem tersebut? Kita tunggu dan lihat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Nornikman Mesri
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI