Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengesahkan musim ini adalah tahun terakhirnya beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Menurut Berita Harian, dia yang beraksi bersama NTS RW Racing GP berkata ada beberapa faktor yang membuatkannya mengambil keputusan berkenaan, termasuk kegagalan menghasilkan keputusan seperti diharapkan bersama pasukan itu.
JOM BACA >> INTIP: Perodua uji Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid di Malaysia, adakah Ativa hibrid sedang dibangunkan?
Ujarnya, dia sudah buat membuat sehabis baik dengan jenteranya, namun dia dan pasukan tidak dapat mencari cara mana lagi untuk meningkatkan prestasi jentera tersebut.
Pelumba berusia 27 tahun itu turut memaklumkan faktor lain adalah disebabkan kekangan kewangan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Dia tahu ramai yang masih mengharapkannya kekal tetapi dia perlu memikirkan masa depan dan mungkin akan membuat sesuatu yang lain.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Tegas Hafizh, dia tidak mahu kekal beraksi di MotoGP hanya disebabkan perlu membawa dana atau tajaan kepada pasukan yang ingin disertainya terutama pasukan berpangkalan di Eropah.
Jelasnya, dia bukan tidak berminat dengan cara seperti itu, tetapi dia yakin mampu bersaing dengan yang lain. Jadi, kenapa dia perlu ‘membawa duit’ untuk pasukan?
Tambahnya, sekiranya dia tidak mendapat apa yang diinginkan terutama prestasi jentera, dia akan rugi begitu sahaja. Katanya lagi, dia masih belum memikirkan mengenai masa depannya selepas ini, tetapi tidak menolak untuk beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) atau Kejohanan Superbike Dunia (WSBK).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI