BYD Sime Darby Beyond Auto melancarkan model kereta elektrik (EV), BYD ATTO 3 Edisi Terhad Ulang Tahun, menampilkan kit badan eksklusif yang ditawarkan pada harga pengenalan RM173,800.
Bagi versi edisi terhad yang ditawarkan hanya 500 unit sahaja, ia tampil dengan skema warna Boulder Grey dan Ski White, yang dipilih khas untuk versi Extended BYD ATTO 3.
Wajah baharu menawan itu termasuk lip bampar depan, spoiler depan, panel bampar depan dan penutup cermin sisi, spoiler belakang, difuser belakang, panel tingkap nyahkrom, panel pemijak sisi, dan panel tiang C.
Dengan kedudukan yang lebih rendah dan sentuhan sport, BYD ATTO 3 Edisi Terhad Ulang Tahun tampak bergaya.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Sempena sambutan ulang tahun pertama, pelanggan boleh membuat tempahan model istimewa itu sebelum 31 Disember dan menikmati tawaran eksklusif untuk tempoh terhad.
Pilihan promosi termasuk Wallbox percuma, Kredit pengecasan, atau pakej perkhidmatan tiga tahun, rebat eksklusif dan peluang untuk melawat Ibu Pejabat BYD di Shenzhen, China.
Promosi itu terpakai kepada model BYD ATTO 3 dan BYD DOLPHIN, dengan pelbagai pilihan varian untuk setiap pakej promosi.
Dari 8 hingga 10 Disember, BYD juga menganjurkan acara jualan Ulang Tahun Pertama Beyond Dreams Celebration di Bukit Kiara Indoor Arena.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Pelbagai aktiviti menarik, gerai, peluang ujian pandu, edisi ulang tahun ATTO 3 tersedia untuk dipamerkan semasa sambutan itu.
Acara itu bermula pada hari Jumaat dari 9 pagi hingga 2 petang dan berterusan pada hari Sabtu dan Ahad dari 9 pagi hingga 6 petang.
BYD ATTO 3 Edisi Terhad Ulang Tahun akan ditawarkan terlebih dahulu di acara pratonton eksklusif kepada pemilik BYD pada 8 Disember dan dilancarkan kepada orang ramai pada 9 hingga 10 Disember di Bukit Kiara Indoor Arena.
Jualan dijangka bermula pada 8 Disember, dengan serahan awal kepada pelanggan dijadualkan pada awal 2024. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit BYD Cars Malaysia dan BYD Malaysia
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI