ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby Bhd sedia jalin kerjasama dengan Toyota, rancang bawa Perodua ke tahap seterusnya

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Bhd sedia menjalin kerjasama dengan Toyota yang juga kumpulan automotif terkemuka dunia, selain merancang membawa Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) ke tahap berikutnya pasca pengambilalihan pengeluar kereta nasional itu.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Sime Darby, Mustamir Mohamad, berkata kerjasama selanjutnya konglomerat dominan automotif Malaysia itu dengan Toyota berpotensi membuka peluang baharu untuk membesarkan jenama di Malaysia.

Menuju ke hadapan, beliau berkata, hubungan yang kukuh bersama Toyota memberikan potensi besar kepada peserta automotif terbesar negara itu untuk mendapat sokongan menubuhkan pengedaran di luar negara pada masa akan datang.

Pihaknya percaya terdapat peluang yang baik (kerjasama dengan Toyota), tetapi masih awal dan kami akan mengumumkan rancangan ini pada masa yang tepat.

Secara keseluruhan, mereka berasa berbesar hati untuk bekerjasama dengan Toyota dan Perodua yang menjadi jenama yang begitu berjaya serta dan kukuh, dan ini adalah jelas bahawa kedua-duanya adalah syarikat yang dikendalikan dengan baik.

“Khususnya, dengan Perodua, kami gembira untuk mewakili jenama kereta nasional yang dihormati ini. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membawanya ke tahap seterusnya,” katanya kepada BH.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ogos lalu, Sime Darby melaksanakan perjanjian pembelian saham bersyarat untuk mengambil alih 61.2 peratus pegangan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam UMW Holdings Bhd.

Mengikut terma perjanjian, Sime Darby akan membeli 61.2 peratus saham PNB dengan bayaran tunai keseluruhan sebanyak RM3.57 bilion atau RM5 setiap saham.

Menerusi rancangan pengambilalihan itu, penguasaan pasaran Sime Darby melonjak ketara daripada hanya tiga peratus kepada 55 peratus, menjadikannya peserta dominan dalam industri automotif negara.

Pada 16 November lalu, Sime Darby mendapat persetujuan daripada pemegang saham untuk mengambil alih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam UMW Holdings.

Konglomerat itu seterusnya akan melancarkan tawaran am mandatori (MGO) untuk memperoleh baki saham bagi mendapatkan pemilikan penuh UMW.

Sementara itu, ditanya sama ada wujud konflik operasi memandangkan Sime Darby memiliki banyak jenama di bawah edarannya, Mustamir berkata, pengurusan setiap jenama adalah secara bebas antara satu sama lain, namun pada masa sama bekerja sebagai satu pasukan dan memanfaatkan kekuatan masing-masing.

Walaupun pada tahap seperti ketika ini masih terlalu awal untuk membincangkan sebarang rancangan UMW Holdings, pihaknya bersedia untuk menjalankan semakan menyeluruh terhadap portfolio jenama UMW bagi menilai keserasian dengan portfolio sedia ada Sime Darby, sebaik sahaja mempunyai akses kepada syarikat itu.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

“Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa Sime Darby dapat mengekalkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang kukuh dengan niat untuk terus meningkatkan nilai pemegang saham. Inilah fokus kami sejak dahulu.

“Jika terdapat sebarang konflik, kami perlu menilai dan merasionalisasikan beberapa jenama. Pada masa yang sama, jenama-jenama ini akan beroperasi secara berasingan kerana mereka mempunyai segmen pelanggan tersendiri.

Walaupun begitu, terdapat faedah yang boleh diperoleh melalui integrasi dalam aspek proses perolehan pejabat sokongan, pengurusan pembekal, pengurusan gudang dan logistik,” katanya.

Beliau menjelaskan, UMW Holdings adalah syarikat yang beroperasi dengan baik dengan rekod prestasi yang baik, dan itulah sebabnya ia menjadi padanan yang hebat untuk membawa sinergi antara dua syarikat termasuk Perodua.

“UMW Holdings akan wujud sebagai entiti perniagaan terpisah dan rancangan kami selepas perolehan adalah untuk memberi tumpuan kepada peralihan yang lancar sambil memanfaatkan kekuatan mereka,” katanya.

Mustamir berkata, Sime Darby memiliki rancangan untuk membawa perniagaan melangkah lebih jauh ke hadapan, tetapi buat masa ini ia kami perlu memberi tumpuan kepada integrasi dan rasionalisasi selepas pengambilalihan direalisasikan.

“Untuk masa ini, apa yang dapat kami katakan adalah Sime Darby mempunyai portofolio jenama yang beraneka ragam. Dengan penambahan dua jenama utama melalui pengambilalihan ini, kami akan menjadi pemain automotif utama di Malaysia.

“Kami sedia dengan peluang untuk memainkan peranan yang lebih kuat dalam menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif negara,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply