ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD Auto Industry lantik Sime Darby Auto Imports sebagai pengimport dan BYD Malaysia sebagai pengedar rasmi untuk jenama Denza

Berita Tempatan

Views

BYD Auto Industry Co., Ltd. mengadakan majlis menandatangani perjanjian pengimportan dan pengedaran rasmi untuk jenama Denza, bertempat di Sunway Resort Hotel, semalam.

Sime Darby Auto Imports Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengimport rasmi manakala BYD Malaysia Sdn. Bhd. sebagai pengedar rasmi bagi Denza, sebuah sub-jenama premium oleh BYD, di Malaysia.

Ini menandakan permulaan baharu dan memperkukuhkan lagi hubungan antara BYD dan Sime Darby sebagai sebuah kumpulan, mengembangkan kerjasama dengan Sime Darby sebagai pengimport rasmi.

Ia juga merupakan langkah pertama, sub-jenama kenderaan elektrik mewah BYD, Denza untuk memasuki pasaran Malaysia.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Jenama ini bakal membawa dimensi baharu kepada pasaran EV di Malaysia dengan teknologi terkini, ciri-ciri premium dan pengalaman pemanduan yang unggul.

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia-Pasifik di BYD, Liu Xueliang, berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Sime Darby Auto Imports bagi membawa Denza ke pasaran Malaysia, yang menandakan pencapaian penting bagi BYD dalam usaha untuk mengembangkan penawaran kenderaan elektrik di Asia Tenggara.

Pengarah Urusan, Bahagian Pemasangan dan Perniagaan Strategik di Sime Darby Motors, Dennis Ho, menambah, pemeteraian rasmi ini menandakan satu pencapaian penting bagi syarikat dalam mengorak langkah baharu dalam kerjasama dengan BYD Auto Industry dan BYD Malaysia.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Melalui kerjasama ini, pihaknya berharap dapat membina hubungan yang lebih kukuh dengan BYD, mengembangkan kehadiran mereka dalam pasaran EV sambil mempelbagaikan portfolio EV Sime Darby.

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. Bhd., Eagle Zhao, pula menekankan komitmen jenama tersebut dalam meningkatkan landskap EV di Malaysia.

Ujar beliau, misi BYD sentiasa untuk menjadikan kenderaan elektrik lebih mudah diakses oleh orang ramai, dan dengan pengenalan Denza, pihaknya menawarkan pilihan premium kepada pemandu Malaysia yang menggabungkan kemewahan dan kelestarian.

Tambahnya, penerimaan pesat EV di Malaysia adalah bukti kepada kemajuan negara ini dalam menerapkan masa depan yang lebih bersih dan hijau.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply