Tidak sampai seminggu selepas ‘kecoh’ satu Malaysia, penganjur program permotoran Honda Day yang sebelum ini tular dengan memberi hadiah utama cabutan bertuah sebuah Honda Accord SM4 akhirnya menyerahkan hadiah sebenar kepada pemenang terlibat kelmarin.
Menurut KOSMO! ONLINE, sebuah kereta BMW F30 menjadi pilihan pihak penganjur telah diserahkan kepada pemilik Honda Accord SM4 bercat lusuh dalam satu acara yang turut disiarkan secara langsung di platform Tik Tok kelmarin.
Terdahulu, program tersebut menjadi tular apabila hadiah utama penganjuran tersebut adalah kereta Honda Accord SM4 yang dikeluarkan pada tahun 1991 yang berharga RM3,500.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Honda Day 2024 telah diadakan pada Sabtu lalu di Litar Antarabangsa Sepang dan menawarkan ganjaran hadiah utama sebuah kereta.
Ramai yang beranggapan, acara besar yang menghimpunkan semua pemilik kenderaan jenis Honda itu mampu menawarkan hadiah seperti Honda Civic FN terbaharu.
Ia ternyata meleset apabila acara yang dikatakan berjaya menjual lebih 8,000 helai baju itu hanya menyediakan Honda Accord bercat lusuh berharga RM3,500 sahaja.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Meskipun penganjur telah menukar hadiah Honda Accord SM4 ‘lusuh’ itu kepada BMW F30, timbul satu lagi polemik dalam kalangan warganet kerana akaun Facebook rasmi SCRUT telah berjaya membongkarkan rekod lampau BMW F30 kuning itu.
Menurut SCRUT, kereta ini dilaporkan mempunyai rekod kemalangan “High Severity” yang mana terdapat kemalangan sendiri, iaitu berkemungkinan terbabas sendiri, tersondol kereta orang atau kemalangan yang melibatkan kecuaian pemilik sendiri.
Perkara tersebut juga telah disahkan oleh pihak polis trafik yang memaklumkan BMW F30 itu dilaporkan pernah terbabas dan melanggar pembahagi jalan, manakala yang kedua kenderaan itu pernah dilanggar lori semasa sedang diparkir.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Azril Abu Bakar dan SCRUT
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI