ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD rasmi Pusat 3S di Melaka, sasar 30 rangkaian pengedar menjelang akhir tahun ini

Berita Tempatan

Views

BYD hari ini merasmikan pembukaan pusat 3S terbaharunya yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka.

Diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bakal menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan BYD di kawasan ini.

Pelancaran pusat 3S serba canggih ini melambangkan komitmen BYD untuk meluaskan operasinya di Malaysia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bilik pameran baharu ini bakal memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi kenderaan elektrik BYD dan menyokong kumpulan pelanggan BYD yang sedia ada di Melaka.

Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, berkata, fasiliti ini mencerminkan komitmen berterusan BYD dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik, sambil menyumbang kepada pembangunan pengangkutan lestari.

Menurut Pengarah Urusan BYD Sing Kwung Motors, Ng Sin Yean, pihaknya bersedia untuk mendukung reputasi BYD yang menjanjikan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, memastikan pengalaman yang memuaskan pemilik sedia ada dan juga bakal pelanggan kenderaan BYD.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pasukan pengedar yang terdiri daripada profesional terlatih bersedia untuk membantu pelanggan memenuhi keperluan automotif, memberikan perkhidmatan sokongan yang tiada tandingan.

Dengan pembukaan pusat 3S baharu ini, BYD menekankan komitmen kepada pengangkutan lestari dan inovasi di Melaka.

Dengan sasaran mencapai 30 rangkaian pengedar di negara ini menjelang akhir 2024, syarikat berharap untuk terus mengukuhkan kedudukannya di rantau ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply