ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maxim E-hailing raikan Rakan-pemandu sempena ​​Hari Teksi Sedunia

Berita Tempatan

Views

​​Hari Teksi Sedunia merupakan hari penghargaan bagi meraikan pemandu yang memilih kerjaya sebagai pemandu teksi atau pemandu e-hailing di Malaysia.

Maxim E-hailing memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2019 dan pendaftaran untuk menjadi Rakan-pemandu masih dibuka sehingga hari ini.

Bersempena Hari Teksi Antarabangsa, Maxim e-hailing mengambil peluang untuk meraikan Rakan-pemandu.
Awal bulan ini, bandar Labuan telah menganjurkan satu kejohanan badminton bertempat di Pusat Sukan JS.

Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Rakan-pemandu dan pasukan dari Maxim. Ia disertai oleh 16 pasukan yang terdiri daripada Rakan-pemandu dan lapan dari Maxim.

Bukan itu sahaja, mereka juga mengadakan sesi perkongsian, yang membantu para hadirin untuk saling memahami sesama sendiri dan berkongsi pengalaman.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Rakan-pemandu, Zulreme Ahmat, berkata aktiviti ini sebagai salah satu cara untuk menenangkan fikiran dari kesesakan lalu lintas yang dihadapi setiap hari.

Ini merupakan peluang terbaik untuk mengenali pemandu lain dan dia berasa sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan mereka secara fizikal.

Bukan itu sahaja, bandar Tawau turut menganjurkan sesi minum petang yang disertai seramai 50 Rakan-pemandu.

Acara ini bertujuan untuk membina ikatan, pendekatan syarikat, berkongsi pengalaman dan menghargai Rakan-pemandu. Terdapat juga aktiviti yang diadakan, berserta cabutan bertuah.

Menurut Rakan-pemandu, Ismail Ahmad, dia berterima kasih kepada syarikat kerana telah mengundang mereka ke acara tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tambahnya, di masa hadapan, lebih mudah bagi pemandu untuk bekerjasama, apabila ikatan antara syarikat dan pemandu terjalin.

Bagi Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan, aktiviti yang dijalankan bersama rakan pemandu membantu mereka mengeratkan hubungan.

Ujar beliau lagi, menjaga kesihata fizikal dan mental juga penting terutama bagi mereka yang bekerja rutin harian hanya duduk dalam kereta memandu dan mengambil tempahan dalam tempoh yang lama.

Tempahan di aplikasi semakin meningkat dari hari ke hari dengan permintaan yang tinggi daripada penumpang. Maxim bukan sahaja tertumpu pada e-hailing, tetapi perkhidmatan Maxim telah dipelbagaikan kepada rakan-penghantar, menunda, kargo, dan penghantaran makanan yang sedia memenuhi keperluan harian.

Muat turun aplikasi TaxSee untuk mendaftar sebagai Rakan-pemandu, pihak Maxim akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut selepas pendaftaran secara dalam talian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply