ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cadangan naik tambang bas ekspres – PEMBAWA rayu kerajaan beri pertimbangan

Berita Tempatan

Views

Ini satu lagi isu yang sentiasa dimainkan ketika hampir dengan musim perayaan, terutama sekali bila tiba Hari Raya. Menurut Berita Harian, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung (PEMBAWA) merayu supaya kerajaan mempertimbangkan cadangan pihaknya supaya kadar tambang bas ekspres dinaikkan 30 peratus.

Pemangku Yang Dipertua PEMBAWA, Tajudin Mohamad Yunus, berkata ia berikutan kadar tambang bas ekspres yang diguna pakai sekarang adalah berdasarkan pengiraan kos pada tahun 2008. Industri ini kian mencabar dengan ekuiti syarikat Bumiputera semakin berkurangan.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Salah satu faktornya adalah tiada kenaikan tambang sejak 11 tahun lalu hinggan menyebabkan banyak syarikat bas ekspres ‘gulung tikar’. Selain itu kenaikan kos operasi dan kos penyelenggaraan saban tahun menambah beban kepada pengusaha hingga ramai di antara mereka yang rugi setiap tahun.

Sejak 2008, kos diesel meningkat hampir 50 peratus, selain subsidi bahan api turut dikurangkan sehingga 30 peratus. Justeru, PEMBAWA sangat mengharapkan kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya demi kelangsungan hidup pengusaha Bumiputera.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Tajudin berkata pada 8 April lalu, beliau ada menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, antara kandungan surat itu adalah untuk meminta kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan segera kenaikan kadar tambang bas. PEMBAWA turut mencadangkan supaya kerajaan mengembalikan subsidi diesel kepada pengusaha bas ekspres selain memberi diskaun tol bagi mengurangkan bebanan pengusaha.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto sekadar hiasan, kredit Sani Ekspress.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply