ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peraturan baharu cermin gelap – Tiada perbincangan dibuat dengan polis

Berita Tempatan

Views

Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media. Namun polis mendakwa peraturan baharu tersebut boleh menyukarkan tugas penguatkuasaan mereka.

Berita Harian melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata pihaknya menghormati peraturan baharu yang diumumkan, namun berpendapat tugas polis dalam penguatkuasaan akan menjadi sukar.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Beliau berkata, polis berasa terkilan kerana tidak dipanggil bagi membincangkan peraturan baharu itu. Selain itu keselamatan pasukan keselamatan juga akan terjejas disebabkan kesukaran untuk melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan.

Sebelum ini mereka boleh nampak penumpang dan pemandu, namun dengan peraturan baharu ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan. Ia sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Azisman berkata, peraturan baharu itu juga menyukarkan pasukan penguatkuasaan mengesan kesalahan kecil seperti penggunaan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar. Walaupun ada peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain seperti tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, namun ia seperti lesen kenderaan juga.

Tambahnya lagi, ada pengguna jalan raya tidak mempunyai lesen dan boleh menggunakan kenderaan itu. Berkuat hari ini (8 Mei 2019), penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.

Ini bermakna, cermin berkenaan boleh menggunakan lapisan filem atau cermin gelap hitam sepenuhnya, berbanding peraturan sekarang yang menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak pada 30 peratus. Penggunaan lapisan filem atau cermin gelap yang hitam sepenuhnya itu bagaimanapun disertakan dengan syarat ia dilengkapi cermin pemantul kanan dan kiri.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply