Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia pagi ini.
Pindaan yang terbaharu adalah ketelusan cahaya tampak menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan dibenarkan sebarang kadar peratusan VLT manakala cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih kekal seperti sedia ada.
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
Berikut adalah kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan:
- 70 peratus untuk cermin hadapan.
- 50 peratus untuk cermin sisi pemandu.
- Sebarang kadar peratusan VLT untuk cermin penumpang belakang dan cermin belakang.
Kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang dari 70 peratus.
JOM BACA >> Toyota Avanza facelift bakal diperkenalkan tidak lama lagi
Mana-mana individu yang ingin menggunakan cermin yang lebih gelap dari peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan. Setiap permohonan yang dikemukan di atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50 dan setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi tempoh dua (2) tahun.
Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan. Bagi permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang bayaran fi.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI