ARKIB

KATEGORI

Info

Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Info

Views

Kami ingin kongsikan satu info penting untuk mereka yang ingin membeli kereta import terpakai dibaik pulih (recond) yang dijual dengan harga murah. Menurut laman Facebook penjual kereta import terpakai Sehaluan Sdn. Bhd, pembeli harus berhati-hati supaya tidak tertipu dengan peniaga yang tidak jujur.

Perkara ini bukan benda yang baharu dan sudah menjadi ‘kebiasaan‘ dalam kereta import. Semasa mereka ingin mengambil kereta import di Pelabuhan Klang untuk stok Hari Raya, mereka terjumpa dengan kereta-kereta recond yang dikatakan murah itu.

Gambar-gambar ini telah dirakam di Pelabuhan Klang dan merupakan penemuan mereka yang terbaharu. Menurut mereka harga kereta yang pernah mengalami kemalangan sudah pastinya murah dan tak masuk akal, macam kereta yang akan dilupuskan. Setibanya di sini, kereta-kereta tersebut akan dibaik pulih (restore) semula.

JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Ini merupakan tips atau cara pantas untuk mengesan kereta yang telah dibaik pulih dari kemalangan yang teruk:

  • Periksa Wheel Base Housing pada smua roda. Bahagian ini memang tidak akan ditukar selain dari kemalangan teruk.
  • Periksa mutu cat di celah-celah housing enjin. Cari kalau ada warna yang berlainan atau semburan cat yang tidak sekata kerana kualiti cat dari pengeluar mutunya tidak sebegitu rendah.
  • Periksa mutu cat di celah-celah jarak gandar (wheel base). Tukang cat kereta jarang-jarang akan cat di kawasan tersebut kerana tidak akan dilihat oleh pembeli. Namun begitu, pengeluar kereta tidak akan berbuat demikian dan akan mengecat bahagian tersebut.
  • Periksa kemasan semua cermin hadapan dan karpet. Pemasangan yang tidak kemas sudah semestinya bukan hasil mesin robotik industri 4.0 yang dimiliki oleh pengeluar.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Pengimport kereta MESTI ada gambar-gambar ini untuk setiap kereta dijual. Wajib pastikan chasis id/no yang sama dengan gambar.

  • Gambar kereta dari pengeksport.
  • Gambar kereta dari pihak penghantaran/perkapalan (shipping).

Kereta bundle (lambak) TIDAK akan ada laporan lelongan (auction report). Hanya kereta yang kualiti terpilih sahaja dibida yang memiliki dokumen tersebut. Untuk kereta import dari Jepun, pembeli perlu minta dokumen ini. Akhir sekali, pesanan syarikat tersebut, jadilah pengguna yang bijak. Tanya diri sendiri kereta murah 10k ini apa maksudnya. Kaji sendiri, semoga berjumpa dengan kebenaran.

Sebelum kami terlupa, untuk mereka yang ingin menyemak status kenderaan recond mereka dari Jepun, anda boleh ketik pautan ini dan masukkan maklumat yang diperlukan. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika anda ingin mencari kereta import terpakai, boleh layari laman facebook ini untuk maklumat lanjut.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply