ARKIB

KATEGORI

Buletin

Caltex Malaysia lancar Fasa Kedua program “Fuel Your School” di Pantai Timur

Berita Tempatan

Views

Setelah kejayaan fasa perintis di Johor, Caltex Malaysia secara rasmi melancarkan Fasa Kedua program “Fuel Your School” di wilayah Pantai Timur.

Inisiatif ini dilaksanakan bersama Yayasan MyKasih dan Havva Agrotech, dengan matlamat memperkasakan pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian makanan di sekolah dan komuniti di Malaysia.

Pelancaran rasmi Fasa Kedua berlangsung di SK Kubang Kerian 2, Kota Bharu, melibatkan 15 buah sekolah di Kelantan yang diambil sebagai anak angkat oleh stesen minyak Caltex tempatan.

Setiap sekolah menerima set akuaponik lengkap dengan peralatan dan benih, manakala Havva Agrotech menjalankan Bengkel Keselamatan Makanan bagi membimbing pelajar menanam hasil tanaman di kawasan sekolah menggunakan pendekatan pembelajaran abad ke-21.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Pengerusi Negara Caltex Malaysia, Dean Gilbert berkata, pihaknya teruja dapat membimbing minda muda ke arah pembelajaran STEM dan pertanian lestari.

Program ini bukan sahaja membuka peluang cerah untuk pelajar, malah memberi kemahiran sepanjang hayat kepada guru dan murid untuk kaedah pertanian moden.

Penolong Kanan SK Kubang Kerian 2, Tn. Hj. Zulkilnain bin Hasan menambah, sistem akuaponik menarik minat murid yang sebelum ini biasa dengan kaedah penanaman konvensional. Mereka kini aktif bertanya dan menunjukkan minat mendalam terhadap pertanian moden dan STEM.

Fasa pertama program ini di Johor mencatatkan kejayaan cemerlang apabila 15 sekolah berjaya menuai 821 kg sayur-sayuran dan ikan sepanjang 2024.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Hasil tuaian turut menyokong program makanan sekolah dan memberi manfaat kepada 2,752 penerima, termasuk pelajar, guru dan pengusaha kantin.

Kini, Fasa Kedua memperluas impak ke negeri Kelantan dengan pendekatan yang sama. Pelajar mendapat pendedahan praktikal seperti pengendalian sistem akuaponik dan menanam anak benih sendiri.

Melalui penglibatan komuniti, sokongan sekolah angkat dan penjualan hasil tanaman, program ini berharap dapat mengulangi kejayaan fasa terdahulu.

Program ini ialah satu usaha pelaburan sosial yang bertujuan meningkatkan kemudahan pendidikan awam dan memberi peluang kepada pelajar kurang berkemampuan merasai pengalaman pembelajaran berkualiti.

Ia sekali gus meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat dan mewujudkan hubungan jangka panjang yang positif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply