ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cari kereta terpakai Volvo berkualiti hanya di hujung jari dengan Volvo Used Car Locator

Berita Tempatan

Views

Setelah melancarkan program kereta terpakai Volvo yang diperakui, Volvo Selekt pada bulan Jun tahun lalu, pengeluar kereta premium dari Sweden kini memperkenalkan pula, Volvo Used Car Locator. Ia merupakan satu inisiatif digital baharu yang memberikan pelanggan cara mudah untuk membeli kereta Volvo pada harga yang memenuhi keperluan kewangan mereka secara dalam talian.

Volvo Used Car Locator mengendalikan inventori kedua-dua kereta Volvo Selekt dan kereta terpakai Volvo berkualiti yang lain. Model Volvo Selekt hanya boleh didapati di Sisma Auto di Glenmarie, Selangor dan iRoll Auto di Juru, Pulau Pinang, manakala semua kereta terpakai Volvo berkualiti boleh didapati di 12 lagi pengedar lain seluruh negara.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Kereta Volvo Selekt dijamin berusia di bawah lima tahun dengan jarak perbatuan tidak melebihi dari 100,000km, dan telah menjalani pemeriksaan sebanyak 125 mata. Perisiannya pula akan dipertingkatkan kepada teknologi terkini dan komponen alat ganti yang digunakan juga adalah tulen.

Bagi memberikan permulaan baharu kepada pemilik kenderaan Volvo Selekt, setiap kereta dilengkapi dengan jaminan minimum sehingga 12 bulan, pakej perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk tempoh satu tahun (VSA 1) dan Bantuan Pinggir Jalan selama 12 bulan.

Dengan menggunakan keperluan yang sama untuk semua kenderaan terpakai, setiap pengedar Volvo akan menjalankan pemeriksaan dan kemaskini bersiri bagi memastikan semua kereta terpakai Volvo berkualiti diselenggara setaraf dengan standard Volvo.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Setakat ini Volvo Selekt telah menyumbang sebanyak 15 peratus kepada jumlah jualan kereta terpakai Volvo pada tahun 2020 untuk pasaran Malaysia. Melalui program ini, Volvo memastikan bahawa setiap pelanggan memperolehi pengalaman membeli yang terbaik melalui perkhidmatan khusus dan dengan jaminan kualiti.

Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata sambutan positif yang mereka terima untuk Volvo Selekt telah mendorong mereka untuk memberikan lebih banyak pilihan alternatif kepada pelanggan bagi membeli kereta terpakai Volvo. Tambahnya pengenalan Volvo Used Car Locator pula akan meningkatkan pengalaman pelanggan dalam memperolehi dan memiliki kereta Volvo dengan lebih mudah.

Apabila kereta terpakai tersedia di Volvo Car Used Locator, pelanggan boleh melayari laman sesawang untuk melihat model yang terdapat dalam senarai penuh kereta, sama ada Volvo Selekt atau kereta terpakai Volvo. Laman sesawang ini juga menyediakan perincian penuh mengenai kereta dan untuk maklumat lanjut, layari https://Selekt.volvocars.com.my/enmy/home.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply