Carro, syarikat induk myTukar mengumumkan pengambilalihan salah satu platform kereta terpakai terkemuka di Hong Kong, Beyond Cars.
Ditubuhkan pada 2016, Beyond Cars telah berkembang menjadi sebuah ekosistem yang menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi mereka yang ingin membeli atau menjual kereta, lengkap dengan perkhidmatan konsainan, pembiayaan pengedar, pembiayaan sewa beli dan perkhidmatan insurans.
Syarikat ini telah mencatatkan keuntungan selama tiga tahun, dan Carro merancang untuk meningkatkan pertumbuhannya, dengan jangkaan lebih 50 peratus Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR), dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Dengan kemasukan Hong Kong di bawah portfolionya, Carro kini telah menembusi tujuh pasaran, termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun dan Taiwan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carro, Aaron Tan berkata, pihaknya melihat potensi besar di Hong Kong pada tahun-tahun mendatang.
Tambahnya, Beyond Cars adalah salah satu pemain industri yang luar biasa dan terkemuka yang memanfaatkan platform e-dagang serta teknologi dalam pasaran kereta terpakai di Hong Kong.
Negara tersebut juga menyaksikan permintaan yang tinggi terhadap kenderaan elektrik (EV), sebahagiannya didorong oleh pengecualian serta matlamat kerajaan yang mana tidak akan menerima pendaftaran kereta petrol, termasuk hibrid mulai 2035.
Tan berkata, menerusi hubungan yang kukuh dengan beberapa pengeluar kereta antarabangsa, serta keupayaan pemeriksaan, servis dan penyelenggaraan kenderaan, pihaknya juga berhasrat untuk membawa kepakaran tersebut ke Hong Kong.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Beyond Cars, Garry Yu dan Ketua Pegawai Operasi Luke Yip akan terus menerajui perniagaan bersama pasukan mereka di Hong Kong.
Mereka juga menyepadukan platform Carro yang dipacu data dan kepelbagaian teknologi, termasuk teknologi proprietari serta keupayaan kecerdasan buatan (AI) meliputi harga, pengurusan inventori, dan proses pemeriksaan.
Carro juga berusaha mengembangkan rangkaian kerjasama Beyond Cars, dan membangunkan lagi perkhidmatan sokongan yang merangkumi ‘insurtech‘, pembiayaan dan perkhidmatan selepas jualan di Hong Kong.
Kata Garry, beliau yakin pihaknya mampu mengubah pasaran kereta terpakai Hong Kong, di samping menjadi pilihan nombor satu pelanggan dalam pemilikan kereta terpakai bersama dengan Carro.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI