ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hot Wheels lancar siri animasi baharu Hot Wheels Let’s Race™ di Netflix

Berita Tempatan

Views

Hot Wheels melancarkan Hot Wheels Let’s Race™, sebuah siri animasi kanak-kanak baharu terbitan Mattel Television Studios secara global.

Diinspirasikan oleh Hot Wheels, siri animasi ini merupakan sebuah siri komedi penuh aksi untuk kanak-kanak yang menggabungkan kenderaan-kenderaan luar biasa, watak-watak yang penuh aksi, perlumbaan pantas, cabaran-cabaran yang mendebarkan dan banyak lagi.

Siri ini memaparkan tentang sekumpulan pelumba generasi baru iaitu Coop, Spark, Mac, Brights, Axle, dan Sidecar menyertai sebuah kem perlumbaan yang sentiasa menguji kemahiran pemanduan mereka.

Rancangan ini akan memaparkan pertandingan perlumbaan yang mencabar, aksi-aksi yang ekstrem, dan cabaran-cabaran yang memacu adrenalin setiap pelumba.

Pengurus Besar Mattel Asia Selatan, Murat Ariksoy berkata, pihaknya berharap semua peminat ternanti-nanti akan kemunculan babak-babak yang penuh aksi dan perlumbaan yang mencemaskan menjadi kenyataan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selai itu, Hot Wheels juga bekerjasama dengan penyanyi utama kumpulan Fall Out Boys, Patrick Stump yang mengetuai proses penggubahan skor muzik, muzik latar dan isyarat muzik bagi setiap episod.

Beliau juga merupakan sebagai komposer, penerbit serta merakamkan lagu tema untuk siri tersebut. Mattel turut mendedahkan rangkaian produk Hot Wheels yang menampilkan kenderaan, latar set, dan jalan cerita siri animasi tersebut.

Set-set permainan Hot Wheels juga boleh didapati di gedung-gedung utama di seluruh Malaysia. Antara yang boleh dijadikan koleksi ialah Hot Wheels Ultimate T-Rex Transporter, Hot Wheels Ultimate Garage, Hot Wheels City Downtown Ice-Cream Shop, Hot Wheels City Nemesis Bat vs. Tire Shop, Hot Wheels City Pizza Slam Cobra Attack, Hot Wheels Action Hyper Loop Extreme dan banyak lagi.

Bagi meraikan pelancaran siri ini, sebuah Kejuaraan Perlumbaan Ultimate Hot Wheels telah diadakan. Peringkat kelayakan telah bermula dari 15 Februari sehingga 3 Mac di lokasi-lokasi yang terpilih seluruh Malaysia.

Acara kemuncak kejuaraan Hot Wheels Let’s Race ini akan diadakan di ruang legar IOI City Mall bermula dari 5 Mac hingga 10 Mac 2024. Pusingan akhir bagi kejuaraan ini adalah pada 9 Mac, diikuti dengan kejuaraan kategori terbuka pada 10 Mac.

Ruang legar IOI City Mall juga telah berubah menjadi sebuah Bandar Hot Wheels berskala sebenar. Pengunjung boleh melihat Ultimate Garage dan pelbagai set permainan lain dari Hot Wheels City.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Acara tersebut dibahagikan kepada empat zon yang terdiri daripada:

  • Zon Pitstop Hot Wheels – Pelumba muda boleh mencuba pakaian perlumbaan untuk sesi bergambar
  • Zon Garage Hot Wheels – Pelumba muda boleh menguji kepantasan tangan mereka untuk menukar tayar
  • Zon Test Drive Hot Wheels – Pelumba boleh cuba berlumba dalam permainan Hot Wheels Unleashed 2.0
  • Zon Lumba Hot Wheels – Laungkan “Challenge Accepted!” ke Raceway Challenge, Cobra Challenge dan Flame Challenge

Pelumba yang berjaya menyelesaikan aktiviti mereka di setiap stesen, akan menerima Hot Wheels Flame Badge sebagai cenderahati.

Para peminat Hot Wheels turut menawarkan promosi hadiah-melalui-pembelian edisi terhad yang ditawarkan semasa acara berlangsung, antaranya:

  • Beli RM60 PERCUMA Hot Wheels Short Card Blister
  • Beli RM160 PERCUMA* Hot Wheels Limited Edition Carry Case (kotak ini boleh disusun di atas satu sama lain untuk memaparkan koleksi- koleksi die-cast yang anda miliki)
  • Beli RM260 PERCUMA* Collector Hot Wheels® Nissan Silvia atau 1x Hot Wheels Monster Trucks Asst
    *Dengan pembelian minimum mana-mana set trek

Semua GWP boleh digabung dan boleh dibeli selagi stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply