ARKIB

KATEGORI

Buletin

Carsome bakal menjadi syarikat unicorn pertama di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Carsome Sdn Bhd sedang mempertimbangkan penyenaraian di Amerika Syarikat (AS), urus niaga yang akan menjadikannya sebagai syarikat unicorn pertama di Malaysia, demikian menurut sumber yang rapat dengan perkembangan itu.

Menurut Berita Harian, syarikat unicorn merujuk kepada pemula niaga yang memiliki penilaian keseluruhan melebihi AS$1 bilion.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kata sumber tersebut, platform kereta terpakai dalam talian itu sedang bekerjasama dengan penasihat dan meninjau penilaian kira-kira AS$2 bilion (RM8.3 bilion) dalam penyenaraian itu, yang mungkin membabitkan penggabungan dengan syarikat pengambilalihan tujuan khas (SPAC) atau menerusi tawaran awam permulaan (IPO) yang konvensional.

Sumber berkata, proses untuk menyenaraikan syarikat itu mungkin dilaksanakan seawal akhir tahun ini. Carsome sedang menjalankan pusingan pendanaan pra-IPO yang menyasarkan untuk mengumpul kira-kira AS$150 juta (RM621.67 juta), kata individu itu, yang enggan dinamakan kerana perkara itu adalah sulit.

Perbincangan sedang berlangsung dan perincian penyenaraian itu mungkin boleh berubah, kata mereka. Wakil daripada Carsome tidak memberi maklum balas serta merta terhadap pertanyaan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Pengendali platform penjualan kereta itu akan menyertai syarikat lain di rantau ini seperti Tiket.com dari Indonesia; PropertyGuru Pte dari Singapura dan Grab Holdings Inc. yang merancang untuk disenaraikan di AS melalui penggabungan dengan syarikat lain.

Carsome diasaskan pada 2015 dan memperluaskan kehadirannya ke Indonesia, Thailand serta Singapura dalam beberapa tahun terakhir ini.

Menurut laman sesawangnya, penjualan yang dibuat oleh platform syarikat itu membabitkan lebih 40,000 kereta setiap tahun, dengan nilai transaksi lebih dari AS$600 juta (RM2.5 bilion). Ia bekerjasama dengan lebih 8,000 peniaga kereta terpakai yang secara kolektif sudah membuat lebih daripada 2.3 juta bidaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply