ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto bahagian belakang Honda Civic Hatchback 2022 bocor!

Foto Tiris

Views

Belum pun sempat Honda memperkenalkan Civic Hatchback 2022 semasa konsert maya Civic Tour ‘Remix’ di YouTube pada 23 Jun ini, beberapa foto bahagian belakang model tersebut mula tersebar di laman sosial. Akhirnya kita dapat juga melihat rekaan belakang Civic Hatchback yang kini nampak ‘lebih sopan’ dan ringkas.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Meskipun rekaannya agak konvensional dan tidak terlalu ke’Jepun’an seperti model terdahulu, gaya rekaan Civic Hatchback baharu lebih cenderung kepada gaya model keluaran Eropah. Lampu belakangnya kini lebih nipis dan bersambung antara satu sama lain.

Jika diperhatikan, jejalur lampu itu kini mirip KIA Stinger atau bentuk ‘dua ekor udang’ yang bersambung terus di bahagian kepala. Pada kami ia tidaklah janggal, tetapi ‘agak lucu’ kerana para pereka Honda masih lagi menggunakan bentuk hidupan laut sebagai sumber inspirasi, betul tak?

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Bahagian bampar dilihat agak kosong dan hanya ada sepasang corong ekos dengan kemasan krom di bahgian bawah. Pemantul cahaya pula dinaikkan sedikit tinggi ke atas bagi mengimbangi antara ruang kosong tersebut. Secara keseluruhan rekaan tersebut masih boleh diterima oleh kebanyakan orang dan ia tidaklah keterlaluan.

Apa pendapat anda mengenai rekaan belakang Honda Civic Hatchback 2022 ini? Kongsikan dengan kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Auto123 汽车频道

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply