ARKIB

KATEGORI

Buletin

Castrol tawar program insurans percuma untuk penunggang motosikal, perlindungan sehingga RM5,000

Berita Tempatan

Views

Castrol baru-baru ini telah memperkenalkan program insurans percuma baharu yang khusus untuk penunggang motosikal.

Inisiatif ini, mengukuhkan lagi komitmen Castrol terhadap keselamatan dan kesejahteraan penunggang motosikal, dengan menawarkan perlindungan peribadi yang komprehensif.

Dibangunkan dengan kerjasama MCIS Life, Zensung, dan Standard Chartered, program ini menawarkan ketenangan minda kepada penunggang motosikal di atas jalan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Setiap pembelian produk Castrol Activ atau Castrol Activ Essential dari bengkel Castrol yang sah atau kedai dalam talian rasmi Castrol, secara automatik akan melayakkan pengguna untuk mendapatkan perlindungan insurans percuma.

Proses permohonan yang mudah memberikan pengalaman serba lancar:

  • Beli Castrol Activ atau Castrol Activ Essential daripada kedai Castrol yang sah atau kedai e-dagang rasmi Castrol.
  • Imbas kod QR kedai yang mengambil bahagian atau guna kod yang disertakan semasa pembelian dalam talian.
  • Muat naik resit pembelian dan berikan butiran yang diperlukan (nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon udah alih, dan e-mel) melalui portal Castrol Protect, yang dikuasakan oleh MCIS Life dan Zensung.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selang beberapa minit, polisi insurans akan dikeluarkan, memberikan perlindungan percuma selama sebulan untuk kematian atau hilang upaya kekal penuh akibat kemalangan (sehingga RM4,000) dan perbelanjaan pengebumian (sehingga RM1,000), dengan jumlah keseluruhan RM5,000.

Penunggang motosikal boleh memegang sehingga tiga polisi aktif pada satu masa bagi memaksimumkan perlindungan mereka.

Castrol telah melancarkan kerjasama ini secara rasmi dalam satu majlis yang diadakan di pejabat bp Malaysia pada 27 Mac 2024. Naib Presiden Castrol AsPac, Mike Zhang menegaskan komitmen Castrol yang tidak berbelah bahagi terhadap keselamatan penunggang motosikal.

Ujar beliau, program insurans baharu ini mencerminkan komitmen tersebut. Pihaknya juga berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan MCIS Life, Zensung, dan Standard Chartered untuk menawarkan perlindungan percuma yang sangat berharga ini kepada pelanggan setia mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply