ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia sokong ‘Program KL Pagi Bebas Kenderaan’, smart #3 buat kemunculan umum kali pertama

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia dengan bangganya menyokong Program KL Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan di Dataran DBKL, semalam.

Acara tersebut menyaksikan kehadiran luar biasa seramai 2,000 peserta menyertai larian pagi di sepanjang laluan tertutup sejauh 7km, bertepatan dengan Hari Bumi Sedunia.

Kerjasama antara smart Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui program ini membuktikan usaha berterusan smart dalam meningkatkan kelestarian mobiliti bandar.

Apa yang menarik, dua model turut dipamerkan iaitu smart #1 dan #3 yang pertama kalinya membuat kemunculan di Malaysia. Kedua-dua model tersebut di reka oleh Mercedes-Benz dan dibina dari pelantar SEA.

smart #3 yang tampil dengan corak pelekat kereta yang menarik perhatian umum itu memberi petanda ketibaannya di Malaysia dan dijangka bakal menetapkan semula pengalaman pemanduan, serta meningkatkan piawaian prestasi kenderaan elektrik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebagai jenama kereta EV pertama yang menyokong inisiatif ini, smart Malaysia menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian inovatif yang menyumbang secara langsung dengan menggalakkan cara hidup bandar yang lestari.

Dengan mengubah jalan yang sesak menjadi zon bebas kenderaan, kedua-dua rakan kongsi menjemput komuniti untuk membayangkan semula perjalanan harian mereka serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, kerjasama pihaknya dengan DBKL mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam mempromosikan pembangunan lestari secara kolaboratif untuk masyarakat dan alam sekitar.

smart Malaysia turut menyumbangkan pokok untuk diberikan kepada peserta-peserta larian, sebagai simbol untuk ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Langkah ini bukan sahaja menekankan dedikasi smart Malaysia dalam mempromosikan inisiatif hijau, malah memupuk hubungan yang lebih mendalam antara individu dan alam sekitar.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, pemberian anak pokok ini dapat menambahkan sentuhan yang menyeronokkan kepada usaha mereka dalam menyebarkan kesedaran.

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan sebagai penyelesaian untuk mencapai bandar lestari dan bebas karbon menjelang tahun 2030.

Sebagai pengedar kereta elektrik (EV), smart Malaysia berada di barisan hadapan dalam peralihan ini untuk mengubah mentaliti ke arah memiliki kenderaan elektrik.

Kejayaan Program KL Pagi Bebas Kenderaan menggariskan usaha kolektif dalam membentuk semula mobiliti bandar dan menggalakkan amalan lestari.

Melalui inisiatif seperti ini, smart Malaysia memperkasakan lagi individu untuk faedah bersama dan terus mengukuhkan penglibatan dengan rakan kongsi kami dalam pembangunan lestari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply