ARKIB

KATEGORI

Buletin

CelcomDigi jalin kerjasama dengan Yinson tingkatkan ekosistem eMobiliti di Malaysia

Berita Tempatan

Views

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Yinson Holdings Berhad (Yinson) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan perkhidmatan dan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) inovatif untuk pengguna Malaysia.

Kerjasama ini membolehkan Yinson menggunakan rangkaian 4G LTE dan 5G terluas dan terpantas CelcomDigi bagi meningkatkan penyambungan bagi chargEV, pengendali stesen pengecas terbesar negara, serta untuk rydeEV dan drivEV dalam ruang eMobiliti.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Selain itu, kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk meneroka penyelesaian inovatif baharu yang membolehkan pengguna untuk mengekalkan ketersambungan sambil memiliki akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan eBike, kenderaan elektrik, stesen cas EV, dan integrasi infrastruktur solar.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata buat julung kalinya di Malaysia, pembekal perkhidmatan telekomunikasi bekerjasama dengan syarikat infrastruktur tenaga global dan teknologi untuk berinovasi bersama dalam membawa perkhidmatan EV kepada pengguna.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Chern Yuan pula, pihaknya gembira dapat berganding bahu bersama dengan pengendali rangkaian mudah alih terbesar Malaysia untuk memberikan penyelesaian pengangkutan mesra alam yang bersepadu kepada rakyat Malaysia.

MoU ini telah ditandatangani oleh Datuk Idham Nawawi dan Lim Chern Yuan semasa EVM Asia 2023 yang merupakan sebahagian daripada Smart Nation Expo 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply