ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery eksport hampir 20,000 unit kenderaan pada Januari 2022

Berita Global

Views

Chery Group menyaksikan permulaan awal tahun yang cukup memberangsangkan dengan jualan sebanyak 107,710 unit pada Januari 2022. Ia meningkat 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu (YoY) dan mencatat bulan Januari terbaik dalam sejarahnya dari segi jualan.

Daripada jumlah tersebut, 26,900 unit dijual di luar China (naik 60.9 peratus YoY), menyaksikan trend perkembangan stabil, terutamanya di pasaran-pasaran utama seperti Rusia, Chile, Brazil dan Mesir, di mana jualan dan bahagian pasaran Chery terus meningkat.

Di Rusia, yang mana Chery telah beroperasi selama 17 tahun, jualan Januari 2022 telah melonjak 47 peratus YoY, menempatkannya di kedudukan ke-10 antara semua jenama automotif, menurut data Persatuan Perniagaan Eropah (AEB). Tiggo 7 Pro merupakan model terlaris Chery di Rusia bulan lalu.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Chery berjaya menduduki tempat kedua di Chile pada Januari dengan jualan 2,969 unit (naik 188 peratus YoY), mewakili 8 peratus bahagian pasaran, menurut Asociación Nacional Autoriz de Chile A.G. (ANAC).

Chery turut mengungguli segmen SUV pada Januari dengan 20.5 peratus bahagian pasaran dengan model Tiggo 2 menjadi penyumbang terbesar.

Di Brazil, Chery kekal di antara 10 jenama kenderaan penumpang terlaris dengan jualan 3,131 unit (naik 36.6 peratus YoY) untuk menguasai 3.4 peratus pasaran pada Januari, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengedaran Kenderaan Motor Nasional (Fenabrave).

Arrizo 6 Pro menduduki tempat keempat dalam segmen kereta dengan 6.47 peratus penguasaan pasaran, manakala Tiggo 3X, Tiggo 8, Tiggo 5X serta model lain terus mendapat sambutan baik.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Di Mesir, jualan Chery turut mencatat peningkatan stabil dengan 1,658 unit (naik 87.3 peratus YoY) pada Januari, setelah mencapai rekod pada Disember 2021 dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan jualan kenderaan.

Menurut jenama media Mesir tersohor, Contactcars, 2,186 kenderaan Chery didaftarkan pada Januari. Setakat ini, terdapat lebih 10 juta pengguna Chery di seluruh dunia, termasuk 1.95 juta pengguna di luar China.

Pada 2022, dengan perasmian Chery’s Future Factory of Intelligent Connected Vehicles, penambahbaikan dari segi teknologi, produk dan jenama, pelancaran produk baharu seperti OMODA 5 serta pembangunan produk adaptif dan usaha globalisasi, jualan Chery Group dijangka melangkah ke tahap baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply