ARKIB

KATEGORI

Buletin

Solat Subuh dan Isyak berjemaah 40 hari berturut-turut di Masjid Nur Assa’adah, anda boleh menang motor!

Views

Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu di Melaka, sekali lagi mencuri tumpuan apabila menawarkan hadiah motosikal pula dalam usaha mengimarahkan masjid.

Menurut Harian Metro, sebelum ini, menerusi Program Istiqamah Subuh Berjemaah 40 Hari, masjid terbabit menghadiahkan 40 basikal berharga RM20,000 kepada anak kariah.

Pengerusi masjid, Datuk Amzah Osman berkata, sebanyak empat Modenas Kriss MR3 berharga RM16,000 akan menjadi milik jemaah yang layak.

Katanya, syaratnya jemaah terpilih perlu memenangi empat kategori dipertandingkan pada Program Istiqamah Subuh dan Isyak Berjemaah 40 Hari bermula 1 Mac hingga 9 April depan.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Kategori pertama bagi program mengimarah masjid ini khusus anak kariah, kedua kategori terbuka kepada penduduk luar manakala kategori tiga dan empat adalah untuk pegawai syarak, jawatankuasa dan pekerja masjid serta kaum wanita.

Tambah beliau, walaupun belum bermula, setakat ini pihaknya sudah mendapat lebih 30 penyertaan bagi keempat-empat kategori yang terbuka kepada semua umat Islam berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen motosikal.

Menurutnya, menerusi program itu peserta diwajibkan berjemaah Subuh dan Isyak di masjid selama 40 hari berturut-turut.

Selain itu mereka juga boleh mendapatkan mata tambahan jika berjemaah untuk semua waktu atau program lain anjuran masjid yang akan meningkatkan peluang kemenangan mereka.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Amzah berkata, beliau teruja apabila semakin hari ramai ahli kariah hadir mengimarahkan masjid untuk solat fardu.

Niatnya bersama-sama ahli jawatankuasa masjid hanyalah untuk penuhkan masjid. Alhamdulillah semakin hari semakin ramai orang kampung yang berjemaah di masjid. Mereka datang bukan sebab motosikal kerana bukan semua akan dapat dan program juga baru diuar-uarkan.

Sementara itu katanya, empat motosikal setiap satu berharga RM4,000 itu disumbangkan individu dermawan dan tidak menggunakan sebarang dana tabung masjid.

Tambah beliau lagi, pihaknya berharap mudah-mudahan institusi masjid ini akan jadi mesra kanak-kanak dan remaja kerana mereka inilah bakal pelapis dalam mengimarahkan rumah Allah ini pada masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Masjid Nur Assa’adah Kg Pengkalan Batu

JOM BACA >> INFO: Geely kata [email protected] X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply