ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery Tiggo 8 Pro dapat waranti enjin 1,000,000 km di Afrika Selatan – Bakal tiba di Malaysia nanti

Berita Global

Views

Baru-baru ini, Chery telah melancarkan SUV tujuh-tempat duduk Tiggo 8 Pro di Afrika Selatan. SUV tersebut ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu, Distinctive dan Executive.

Afrika Selatan merupakan negara pertama di benua Afrika yang menerima Tiggo 8 Pro, setelah ia diperkenalkan di pasaran-pasaran lain seperti Amerika Selatan, Rusia dan Timur Tengah.

Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Chery Afrika Selatan, Tony Liu berkata, pihaknya menggambarkan analogi ‘First-Class travel‘ dan mahukan pelanggan Tiggo 8 Pro merasai pengalaman reka bentuk ke tempat duduk, prestasi dan kemewahan.

Tiggo 8 Pro mnampilkan falsafah reka bentuk Chery generasi baharu yang dikenali dengan nama “Movement Design”.

Jeriji tiga-dimensinya diilhamkan oleh galaksi serta lampu hadapan LED matriks automatik dan lampu nyalaan siang (DRL) berkembar yang terdapat pada semua varian mewujudkan penampilan yang kukuh.

Kemasan krom satin menghiasi liang udara bahagian bawah yang turut berfungsi sebagai plat gelincir, lampu kabus, gril, tingkap dan bahagian bawah pintu.

Selain itu, ia turut dilengkapi rel para bumbung kemasan krom yang mampu menampung beban, rim aloi hitam dan krom 18 inci serta bumbung suria panorama (untuk varian Executive sahaja).

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Di ruangan kabin, semua fungsi kenderaan dikawal melalui tiga skrin, yang terdiri daripada panel meter mendatar 12.3 inci, skrin kawalan iklim 8 inci dan skrin infotaihibur terapung 10.25 inci yang serasi dengan Apple CarPlay, Android Auto dan kamera undur.

Semua varian dilengkapi dengan sistem kawalan iklim automatik dwi-zon dengan sistem penapis udara gred N95.

Varian Executive pula mempunyai tambahan sistem penghawa dingin untuk barisan penumpang ketiga. Semua varian menawarkan pengecasan tanpa wayar, kawalan suara pintar dan lapan pembesar suara bunyi keliling Sony.

Semua varian dihiasi dengan tempat duduk kulit terdapat dengan corak jahitan berbentuk berlian pada varian Executive.

Pemandu boleh melaraskan tempat duduknya secara elektrik dengan enam tetapan dan memori, manakala pada varian Executive, tempat duduk penumpang hadapan mempunyai empat tetapan dengan sokongan lumbar, juga secara elektrik.

Ciri-ciri dalaman lain termasuk tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40, slot USB dan 12V, serta pencahayaan ambien.

Dari segi keselamatan, kesemua varian Tiggo 8 Pro dilengkapi dengan enam beg udara, Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Kestabilan Golek (RSC) dan cagak Isofix.

Varian Executive pula mendapat tambahan Amaran Berlepas Laluan (LDW), Kawalan Jelajah Automatik, Brek Kecemasan Automatik (AEB), Pengecaman Papan Tanda Jalan (TSC), Kawalan Suluh Lampu Tinggi Pintar (IHC), Pemantau Titik Buta (BSD), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) dan Sistem Brek Kecemasan Override (BOW).

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Selain itu, semua varian turut dilengkapi dnegan Kawalan Jarak Parkir Belakang (PDC) yang merangkumi kamera undur dengan panduan dinamik dan pandangan 360 darjah, tutup tingkap kawalan jauh, pemantauan tekanan angin tayar, bantuan mula mendaki, kawalan gelongsor dan sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci.

Tiggo 8 Pro dikuasakan oleh enjin suntikan-terus turbo 1.6 liter yang diiktiraf dalam pertandingan enjin China Heart.

Enjin ini mampu menghasilkan 197 PS pada 5,500 rpm dan 290 Nm daya kilas antara 2,000 dan 4,400 rpm yang dipadankan dengan transmisi cekam berkembar tujuh kelajuan.

Model ini turut didatangkan dengan pilihan mod pemanduan Standard, Eco dan Sport serta mod stereng Eco dan Sport.

Mengikuti jejak langkah Tiggo 4 Pro, Tiggo 8 Pro turut ditawarkan dengan waranti enjin komprehensif selama 10 tahun atau 1,000,000 km di Afrika Selatan, bagi pemilik asal.

Waranti kenderaan lima tahun atau150,000 km, bantuan kecemasan pinggir jalan selama lima tahun serta pakej servis komprehensif lima tahun atau 60,000 km turut ditawarkan.

Menurut Chery, Tiggo 8 Pro merupakan salah satu model bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply